Tragedi lemas kereta terjunam ke tasik, bapa masih cuba ‘call’ anak, tak sangka ini sebabnya

Tragedi menyayat hati melibatkan seorang wanita dan ibunya yang meninggal dunia kerana kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai pada petang kelmarin benar-benar menyayat hati.

Menerusi laporan berita, wanita tersebut dikenali sebagai Nor Aiza Hashim dipercayai kembali ke dalam kereta untuk menyelamatkan ibunya Hasmat Mat Isa sebelum kedua-duanya lemas.

Jasad mereka sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Serdang, Bandar Baharu, Kulim selepas urusan post mortem selesai.

Masih call nombor anak

Namun, menerusi perkongsian daripada adik kepada allahyarham Aiza yang juga merupakan jurumekap artis, dia telah berkongsi keadaan bapanya yang mengalami sakit lupa yang seakan belum menyedari ketiadaan dua insan tersayang.

Ayahnya masih lagi menelefon kakak kepada Haney Nieza  walaupun sudah diberitahu bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

Memang xkuat tengok abah macam ni. Petang tadi sebelum arwah mak kakak sampai dia cuba call arwah kakak? kebetulan fone arwah hani yang simpan, tiba2 ada pangilan hani pun tengok la sapa call. Tengok punya tengok Allah tu nombe fone ayah hani. tapi yang heran kenapa arwah kakak xsave nombe abah. sedangkan sebelun ni dia save nama abah sayang ?

Ya allah sesungguhnya aku kuat demi ayahku?

Mereka sekeluarga begitu sebak apabila melihat telefon bimbit arwah kakaknya berdering kerana mendapat panggilan daripada ayah beberapa jam sebelum jenazah tiba untuk disemadikan.

 

Pernah kata nak meninggal dengan mak

Lebih menyebakkan lagi, haney nieza ada memaklumkan bahawa kakaknya pernah menyuarakan hasrat untuk ‘pergi’ bersama ibu mereka  ketika berborak dengan rakan tempat kerjanya dan ternyata perkara tersebut dimakbulkan.

Jenazah keduanya telah disemadikan dalam satu liang di tanah perkuburan Serdang semalam

Allahuakhbar, kami sekeluarga hanya mampu terdiam bila dapat taw baru2 ni arwah kakak pernah sembang dengan kawan dia kat kilang yang dia nak p sama2 dengan arwah mak. Xsangka doa2 dia termakbur?? Doa2 arwah mak pun termakbur, arwah mak nak sangat mati syahid macam arwah mak dia mati sbb jatuh telaga.

Masa tu arwah mak baru 7tahun xsilap, dia lagi awal rasa sakit kehilangan orang yang dia paling cinta? Arwah mak selalu jgak tanya anak2 sapa lahh yang akan p dulu antara kita2 ni. Sbb kami satu family ramai 13org termasuk arwah mak abah. Dia selalu mintak nak p dulu dari abah dan anak2. Dia xmau abah dan anak2 p dulu dari dia sbb dia xsanggup kehilangan kami dia kata Allahu??

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami semua hari ni, cantik sangat rumah baru arwah mak kakak. Kemas bersih jaa, tenang sangat tengok?

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Ampunilah Dosa2 Arwah Emak dan Kakakku, Kau Muliakan Lah Mereka, Kau Rahmati Lah Mereka, Kau Tempatkan Lah Mereka Di Kalangan Orang2 Beriman???? AMIN2

Sumber OMM/MUA Hani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*