Bukan Di Eropah, Tapi Mata Orang Asli Indonesia Berwarna Biru, Tak Ramai Yg Mempunyai Mata Warna Biru Seperti Mereka

JAKARTA – Satu puak Orang Asli di sebuah pulau di Indonesia didapati memiliki anak mata berwarna biru terang disebabkan oleh satu keadaan mut4si genetik yang menjejaskan pigment4si, dipanggil sindr0m Waardenburg.

Akhbar Daily Mail melaporkan sindr0m Waardenburg lazimnya dikesan pada setiap seorang individu daripada nisbah 42,000 orang di seluruh dunia.

Sindr0m itu membuatkan ke­dua-dua anak mata atau salah satu daripada berwarna biru terang. Keadaan itu juga dikatakan boleh menyebabkan penghid4pnya hil4ng pendengaran.

Sebilangan kaum Orang Asli Buton yang menetap di Pulau Buton, tenggara Sulawesi dikesan mempunyai keadaan sama.

Seorang ahli geologi dari Jakarta, Korchnoi Pasaribu me­rakam gambar Orang Asli Buton bermata biru itu semasa dia melawat pulau berkenaan pada 17 September lalu.

Korchnoi, 38, juga seorang jurugambar sudah membuat rakaman kehidupan di kawasan pedalaman Indonesia sejak September 2019, memberi fokus kepada puak-puak Orang Asli dan warisan kebudayaan mereka.

“Saya sebenarnya seorang ahli geologi, menggali nikel. Fotografi ialah hobi saya. Mata berwarna biru cukup unik dan cantik selain menjadi inspirasi saya,” katanya.

Pulau Buton merupakan pulau ke-19 terbesar di Indonesia dengan ukuran keluasan 440,298 hektar. Sebahagian besar pulau itu dilitupi hutan hujan. Pulau itu didiami kira-kira 450,000 penghuni.

Sumber KiniViral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*