Selepas Suaminya Bernikah Lagi Satu Dengan Gadis Pengasuh Anaknya, Akhirnya Isteri Pertama Buka Mulut

Sebelum ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang gadis berusia 18 tahun telah disunting menjadi isteri kedua meskipun usianya masih muda. Lebih menarik perhatian ramai apabila mereka melihat gadis ini turut ‘bersanding’ bersama madunya di atas pelamin.

Terbaru, isteri pertama menerusi akaun Facebook miliknya, Cikk Saasepu ada menceritakan serba sedikit bagaimana mereka bertiga disatukan sebagai sebuah keluarga.

‘Jalan terbaik untuk menambah zuriat..’

Menurut isteri pertama yang dikenali dengan nama Sharifah Salmah Tuan Embong memaklumkan, dia merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan si suami tercinta, Saiful Abdul Satar dan madunya iaitu Nur Elyana Aleeya Myasara.

Difahamkan, Elyana sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pengasuh anak pasangan ini malah hubungan kedua-dua wanita ini sangat akrab. Sementara itu, Sharifah meminta orang ramai supaya tidak mempertikaikan keputusan mengapa dia memilih Elyana sebagai madunya.

Saya halalkan dan maafkan setiap apa yang orang kata dan kutuk kami. Saya membenarkan suami saya menikah lagi dengan alasan tersendiri.

Jangan pertikaikan harta suami saya dan rupa suami saya dan untuk yang pertikaikan umur madu saya, kenapa saya memilih dia. Hanya saya yang tahu. Alhamdulillah. Jalan terbaik untuk menambah zuriat kami hanya kami yang tahu sebab tersendiri.

Tiada simpan apa-apa rahsia

Sharifah juga menyifatkan Elyana seorang gadis yang sangat baik dan bertanggungjawab selain tidak pernah menyembunyikan apa-apa rahsia daripadanya. Bukan itu sahaja, Elyana juga dikatakan sanggup menunggu hampir setahun supaya dirinya diterima oleh Sharifah.

Dia tidak pernah merahsiakan perhubungan dengan lelaki yang bakal dia kahwin dari pengetahuan isteri sedia ada.

Dia sanggup bertemu, berbincang, luahan perasaan dengan isteri sedia ada. Dia sanggup memberi masa kepada isteri sedia ada untuk menerima dirinya sepenuhnya. Bukan seminggu, bukan sebulan tapi setahun. Sesungguhnya dia wanita yang sabar.

Dalam kesempatan itu, Sharifah mengakui dia redha dan ikhlas dengan perkahwinan yang terbina itu selain berharap agar hubungan mereka sekeluarga diberi kebahagiaan dan diberkati.

Kisah yang tular sebelum ini,

Bukan hanya sanggup berkongsi kasih malah Sarifah Salmah Tuan Embong yang menyatukan suami, Saiful Abdul Satar, 34, dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan.

Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nur Elyana, 18, berkongsi video dan gambar perkahwinannya di TikTok baru-baru ini .

Menerusi video itu, kelihatan Nur Elyana dan Sarifah, 26, duduk berdua di pelamin dengan memakai persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.

Berkongsi kisah, Sarifah yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.

Katanya, semua itu dilakukan demi kebahagiaan suaminya yang inginkan lagi zuriat namun sukar ditunaikan kerana dia berisiko tinggi untuk hamil selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019.

“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak (Amir Malik Saiful, 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.

“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.

“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan.

Bagaimanapun, Sarifah berkata, keputusan itu yang terbaik buat mereka kerana dia tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.

“Saya sudah berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya jelaskan alasannya.

“Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.

“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.

Sementara itu, Nur Elyana berkata, dia tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri pada 18 Mac lalu selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor.

Jangan Pertikai Harta Suami Saya' – Gadis 18 Tahun 'Bersanding' Dengan Madu, Isteri Pertama Dedah Perangai Sebenar..

“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasratnya untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya.

“Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dulu dan Alhamdulillah, mereka restui perkahwinan itu.

“Ini yang dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.

“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.

Sumber: Cikk Saasepu via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*