Wahai Isa Khan… kalau tak buat salah, tak perlu nak menggelabah dakwa difitnah

KALAU tak salah, buat apa nak menggelabah!

Ayat itu paling sesuai ditujukan buat pasangan pengantin baharu yang menimbulkan kemarahan ramai iaitu Isa Khan dan Risteena kerana mendapat kebenaran rentas negeri ke di Tawau, Sabah atas alasan bekerja tetapi berkongsi foto-foto umpama berbulan madu.

Sedihnya disebabkan mahu membela diri, tergamak pula menuduh ada pihak sanggup buat fitnah sedangkan diri sendiri yang menimbulkan fitnah itu menerusi platform media sosial.

Bagaimanapun sama ada Risteena atau Isa, mungkin terlupa mereka sendiri yang berkongsi gambar dan video dengan kapsyen perkataan ‘honeymoon’. Honeymoon kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu memberi definasi berbulan madu.

Pasangan ini juga mungkin terlupa, saat berkongsi foto di media sosialnya, tiada langsung perkongsian berkaitan urusan kerja melainkan video dan foto-foto romantis serta kegembiraan seperti menyanyi di atas bot, menikmati hidangan lobster dan bermalam di sebuah resort terapung di Pulau Nusa Kuya, Semporna.

Perkongsian seperti inilah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang mempersoalkan bagaimana mereka dibenarkan merentas negeri bagi tujuan untuk berseronok.

Sebagai selebriti yang memiliki jutaan pengikut di Instagram, mereka sepatutnya lebih sensitif dengan apa yang dikongsikan kerana ia boleh menimbulkan provokasi dalam kalangan masyarakat, kerana golongan selebriti merupakan contoh kepada orang ramai. Boleh ke artis seperti ini dijadikan contoh?

Untuk rekod, Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, memiliki 1.1 juta pengikut Instagram manakala Isa atau atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, mempunyai 229,000 pengikut.

Mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk segera memberi penjelasan kepada umum mengenai perjalanan rentas negeri ke Sabah jika benar ia berkaitan urusan kerja dan bukannya honeymoon seperti didakwa.

Namun kedua-dua mereka memilih untuk mengabaikan pertanyaan wartawan mStar sebaliknya hanya mahu artikel mengenai mereka dipadam tanpa alasan yang kukuh.

Isa juga bertindak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati melalui posting di Instagram miliknya dengan mendakwa artikel yang dikeluarkan itu berbaur fitnah dan menimbulkan salah faham.

Untuk makluman Isa, bukan hanya mStar menyiarkan berita dia dan isteri ke Sabah, sebaliknya ada juga portal lain melaporkan kisah serupa.

“Aku datang sini ada urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan pada pihak yang bertugas.

“Ada masa aku luangkan masa bersama isteri, mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja,” tulis Isa.

Jadi siapa yang mula timbulkan salah faham?

Pihak mStar dalam kiriman mesej kepada Isa memaklumkan artikel yang dikeluarkan ialah sebagai menzahirkan kebimbangan orang ramai kerana perbuatan mereka itu dan meminta mereka memberi penjelasan atau kenyataan sebenar tetapi tidak dilayan.

Namun, jawapan balas yang diberi ialah mohon padamkan artikel mengenai perjalanannya ke Sabah itu.

Untuk berlaku adil, kami siarkan perbualan penuh menerusi mesej yang dihantar kepadanya sebagai membuktikan pihak kami profesional ketika menjalankan tugas.

Apa-apa pun kita menantikan hasil siasatan terperinci pihak polis berhubung perkara itu.

Kalau tidak bersalah, relaks sajalah. Cuba gunakan akal untuk berfikir! Dengan berkongsi gambar-gambar yang memperlihatkan ia seperti sebuah percutian, tentulah perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan.

Anda tidak bacakah berita bagaimana seorang instafamous yang ke Johor bersama suaminya dan berkongsi foto-foto mereka di media sosial mengundang kemarahan ramai bagaimana mereka boleh rentas negeri?

Lalu, pihak polis terpaksa membuat siasatan dan hasilnya mendapati terdapat keraguan terhadap keterangan yang diberikan dan didapati memberi keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran untuk ke Johor.

Dalam kes Isa dan Risteena ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki di Balai Polis Setapak pada jam 5 petang, 20 Mac lalu.

Pasangan tersebut masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik pulang ke Semenanjung.

Isa dan Risteena bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Wahai Isa Khan… kalau tak buat salah, tak perlu nak menggelabah dakwa difitnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*