Rakaman Detik Cemas Polis Selamatkan Seorang Remaja Perempuan Dikatakan Mahu Terjvn. Saksi Pertama Ceritakan Apa Dia Nampak

Melaka: “Ketika itu cuma risau jika betul dia nekad untuk terjvn dan bimbang perkara tidak elok berlaku saya terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.”

Begitulah kata-kata saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Nadia, 31, menceritakan detik cemas wanita cuba terjvn dari pangsapuri di Pertam Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, wanita berusia 29 tahun yang juga penghuni pangsapuri berkenaan dikatakan cuba terjvn dengan berdiri di luar balkoni unit kediamannya di tingkat enam.

SAKSI CERITAKAN APA DIA NAMPAK

TINDAKAN wanita yang ingin cuba terjun berdiri di balkoni di tingkat enam. FOTO ihsan pembaca

Nadia yang juga penghuni di pangsapuri berkenaan berkata, dia yang ketika itu berada di dalam rumah berhadapan blok kediaman wanita terbabit terdengar bunyi bising sebelum menjenguk ke arah luar.

“Sebaik membuka pintu dan menjengah keluar saya melihat wanita terbabit sudah berdiri di luar balkoni rumahnya dengan berpegang di penghadang besi.

“Manakala seorang lelaki yang berada di tingkat bawah menjerit ‘sesiapa minta tolong’ serta turut mengatakan ‘ingat anak’ beberapa kali,” katanya.

Ujarnya, ketika itu belum ada penghuni yang menyedari kejadian bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa individu mula kelihatan dan turut cuba menenangkan wanita terbabit.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.14 tengah hari sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan Bukit Katil bersama lapan anggota termasuk komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati benar terdapat seorang wanita ingin terjvn dari bangunan dan usaha memujuk mang.sa dijalankan. Pasukan bomba mengalami kesulitan apabila pintu rumahnya terkunci.

“Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan langkah berjaga- jaga dengan dibantu orang awam kanvas dibentangkan sebelum mang.sa berjaya diselamatkan 2.46 petang,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang keced3raan dilaporkan dan m4ngsa kemudian diserahkan kepada pihak p0lis untuk tindakan lanjut.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Rakaman Detik Cemas Polis Selamatkan Seorang Remaja Perempuan Dikatakan Mahu Terjvn. Saksi Pertama Ceritakan Apa Dia Nampak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*