Badan terlalu kurus sampai diejek ‘papan’, gadis luah penat kena ‘body shaming’ kerana kurus




Isu ‘body sha.ming’ bukan sesuatu yang jarang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi di kalangan golongan bersaiz gempal sehingga mereka digelar dengan nama bukan-bukan.

Namun, lebih teruk lagi jika orang sekeliling termasuklah ahli keluarga sendiri turut serta mengejek dan dijadikan bahan jenaka. Nampak remeh kan? Tetapi ia boleh mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan mental individu yang kena ‘body sha.ming’ itu.

Tahu tak, ‘body shaming’ ni bukan sahaja dialami oleh golongan bertubuh ‘gempal’ sahaja. Sebenarnya ia turut dialami oleh insan berbadan kecil seperti kisah yang diluahkan oleh gadis ini.

Memiliki ketinggian 171 cm dan berat badan 38kg sahaja, gadis bernama Syiera ini mendedahkan dirinya menjadi sasaran ‘body sha.ming’ sejak zaman sekolah lagi.

Antara gelaran pernah diterima, ‘tiang’, ‘kepeng’, ‘papan’, dan juga ‘panjang’.

Dah jumpa doktor, cuba pelbagai suplemen.. tapi tetap tak berhasil

Selain itu, Syiera turut mendedahkan dia sudah merujuk doktor tentang berat badannya tetapi doktor memberitahu tahap kesihatannya berada di tahap yang baik.

Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi akibat sentiasa diejek oleh orang sekelilingnya menjadikan emosinya tidak stabil sehingga terlalu penat dan pernah terfikir untuk ‘tidak mahu hidup’ lagi.

Tidak cukup dengan itu, Syiera menjelaskan dia telah mencuba pelbagai jenis produk makanan tambahan tertentu namun kesemuanya tidak berhasil.

 

Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang memfitnah dirinya terlalu ‘slim’ disebabkan mengambil bahan terlarang. Ya, mungkin segelintir orang fikir bentuk badan dimilikinya boleh melayakkan dirinya untuk menjadi seorang model, hakikatnya empunya badan yang mengetahui realiti sebenar.

Niat untuk menyedarkan semua orang tentang ‘body sha.ming’

Tambahnya lagi, tujuannya merakam dan berkongsi kisah hidupnya bukanlah untuk meraih pujian mahupun menunjukkan tanda bersyukur.

Sebaliknya, dia mahu membuka mata ramai orang bahawa individu yang memiliki bentuk badan ‘slim’ tidak terkecuali dari menjadi objek ‘body sha.ming’.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat kepada Syiera. Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama.

Rasa ‘down’ sangat bila orang panggil papan

Awak buat saya rasa bersyukur

Sedih sangat selalu kena ‘body sha.ming’

Bukan kurus dah, underweight ya.. Angin tiup pun terbang

Sakit bila kena ‘sha.ming’ dengan member

Sumber: TikTok Syiera

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*