
Sejak pagi tadi, satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook My Kuala Langat memperlihatkan situasi di sebuah sekolah tadika apabila seorang kanak-kanak dimarahi oleh tenaga pengajar di sana.
Kes apa pulak ni?
Video yang diperoleh daripada seorang pengguna media sosial yang berkongsi rakaman tersebut di group FB Penduduk Jalan Kebun, Klang itu benar-benar membuatkan warganet berasa geram.
Dalam video yang dirakam, dapat dilihat seorang wanita dewasa dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berseragam sama dengan pelajar lain.
Dia juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah pelajar cilik itu terjatuh kerana dicampak.
Bukan macam ni ajar murid2
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah berasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak di sekolah tadika.
Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamantan pelajar-pelajar lain di tadika tersebut.
Mungkin budak tu salah, tapi kasar sangat
Harap pihak polis dapat siasat
Tolong ambil tindakan
Tidak ketinggalan peguam yang dekat di hati rakyat iaitu Pn. Nor Zabetha memberi komen. Apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa murid tersebut
Aish! Memang hilang sabar sungguhlah menonton video cikgu taska campak budak. Saya setuju benar dengan komen netizen, kalau anak mereka. Memang siap!Ini yang kita jadi geram sebab perkara tak jadi depan mata. Nasib baik ada orang rakam. Kalau tak rakam? Mesti tak tahu. Ini yang nampak, yang tak nampak?
Kadang-kadang anak kita balik dari taska, ada kesan lebam. Kita tanya apa jadi, alasan cliché biasa guna-jatuh. Kita minta rakaman CCTV tapi taska pula tak ada CCTV.Saya pun jadi tak faham, kenapa banyak kes begini dekat taska-taska dan pusat jagaan. Pemilik atau pengurus taska tidak pantau kah? Atau tidak ditekankan garis panduan cara jaga anak-anak kita kah?
Macam anak ayam, dicampaknya begitu sahaja. Itu anak orang ya, bukan anak sendiri. Siapa bagi kuasa? Anak sendiri pun salah disisi agama dan undang-undang nak dera, inikan pula anak orang!
Kalau tidak tahan melayan kerenah kanak-kanak, cari kerja lain. Jangan aniaya anak orang. Budak, nakal mana sangat sampai dicampak begitu? Dia bising? Dia tak duduk diam? Kasihan juga pada kanak-kanak melihat kawannya dikasari begitu.
Ikut undang-undang, sebenarnya ibu bapa boleh ambil tindakan jika anaknya di.buli, dipu.kul oleh pelajar lain atau guru sekolah. Yang bakal disa.man adalah pelaku iaitu yang bu.li, puk.ul, de.ra dan juga pemilik sekolah.
Ada kes yang sa.man sampai ratus ribu. Jadi wahai pemilik taska sekalian, ketahuilah kalau anak-anak kami dikasari atau didera, tindakan anda yang membuang guru itu langsung tidak memadai. Tunggu pula saman oleh ibu bapa.
Kami bukan sahaja boleh saman cikgu taska, pengurus taska, pemilik taska dan/atau syarikat taska itu sendiri kerana anak kami berada dalam kawalan, jagaan dan seliaan kamu tatkala kami meletakkan kepercayaan kepada kamu untuk menjaga anak kami dengan baik seperti yang diiklankan oleh kamu.
Perbuatan ambil anak-anak ditaska melebihi had yang ditetapkan oleh garis panduan JKM sehingga menyebabkan taska sesak dan cikgu-cikgu stress tetapi mampu menjana pendapatan yang lumayan pada pemilik taska, bukan sahaja salah disisi undang-undang dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin tetapi ibu bapa boleh menyaman ratusan ribu ringgit.
Tempoh hari, saya ada kongsikan pengalaman saya di FB berkenaan anak saya ke taska dan bagaimana cara pengurusan yang teruk dan saya minta ibu bapa lebih peka. Saya share diruang komen ya linknya.
Rentetan kisahnya, pengurus taska ini hubungi saya. Telefon terus nadanya tidak puas hati, walhal saya sambut dengan salam dan nada lembut.Terus dia berikan setiap justifikasi kepada surat aduan saya. Caranya macam “I’m right and you listen”. Eh? Dia langsung tidak mengaku salah dan dalam mode menyerang. Saya rakam semuanya.
Silaplah. Saya jawab setiap satu persatu apa justifikasinya terutamanya bab, dia hendak serahkan anak orang lain kepada orang asing yang datang ke sekolah bagi tujuan ambil barang dan bukan mengambil anak. Eh?
Hal begini mungkin boleh menyebabkan kes penculikan yang cikgu sendiri secara suka rela serahkan anak orang lain dan pintu terbuka luas tanpa dijaga cikgu menyebabkan risiko anak-anak lari dari premis dan hilang.
“You see, since my daughter was not in your school that day maybe you think it’s not my problem. But I pity those children were under your supervision. I tell you honestly, if that time my daughter was there, I will make BIG FUSS out of it. Seriously I WILL”.
Saya tekan ayat saya dan saya benar-benar marah. Sudahlah salah, tidak mahu mengaku kesilapan pengurusan taska. Telefon dengan nada yang dia saja betul. Orang lain tidak boleh bersuara? Ini anak orang, bukan anak ayam. Tolonglah ada tanggungjawab!
Selepas saya mula menyinga begitu, baru dia hendak berlembut yang asalnya telefon saya serupa samseng. “We are really sorry Puan. I’m really glad you tell this. Thank you very much”. Tahu pun berlembut supaya saya tidak buat laporan.
Benarlah. Kalau anak saya dalam video itu. Sungguhlah, segala cikgu, segala pengurusan, semuanya saya bawa ke mahkamah tuntut ratus ribu sebagai pengajaran kepada guru taska lain bahawa memang anak kami kecil tetapi kami wira dan pelindung mereka. Jangan cabar!
Budak kecik bolehlah buli, mari cuba buli ibu bapanya pula. Kenapa guru taska yang angkat, campak dan kasar pada kanak-kanak itu. Shame on you! Malulah sikit.
Pengetua Taska Tersebut Jelaskan Siapa Cikgu Yang Lempar Budak Kepada Salah Seorang Ayah Anak Murid Taska Itu Dan Apa Yg Jadi Dkt Cikgu Tersebut
SEORANG guru tadika dikecam netizen selepas videonya mencampakkan seorang anak murid tular di media sosial.
Berikutan itu, pihak tadika telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memberhentikan guru terbabit serta-merta selain membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan oleh bapa kepada salah seorang murid di tadika itu, sebentar tadi.
SALAH SEORANG AYAH KEPADA ANAK MURID DI TASKA TELAH BERJUMPA DENGAN PENGETUA
“Baru lepas jumpa pengetua sekolah minta penjelasan sebab anak saya sekolah kat situ.
“Pihak sekolah kata cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhentikan serta merta selain laporan polis telah dibuat,” katanya.
Menurut pengetua taska tersebut cikgu tersebut bukanlah cikgu tetap tetapi hanya cikgu praktikal.
Menurutnya, tadika berkenaan telah beroperasi selama 30 tahun dan itu kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
Sementara itu, hasil pemerhatian di Facebook tadika yang terletak di Jalan Kebun, Kalang itu, ianya masih diserang netizen dengan komen-komen kecaman terhadap guru terbabit.
Sepatutnya Taska Tempat Paling Selamat Untuk Anak Anak
Setakat ini tiada apa apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Taska. Kenyataan dari pihak polis juga belum dikeluarkan lagi..
Olahan RJ, Sumber Peguam Nor Zabetha
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment