Video seorang guru taska bertindak `campak` anak murid kecil cetus kemarahan org ramai

Selalu bukan kita dengar keluh-kesah pengasuh di taska tentang anak-anak yang dihantar setiap pagi? Mereka bukan sahaja di hantar dalam keadaan belum mandi, malah ada yang masih dengan lampin pakai buang yang penuh.

Malah, ada juga yang menghantar anak mereka dengan pakaian balik dari taska pada hari sebelumnya. Memang benar, pengasuh di taska mempunyai tanggungjawab mereka juga. Ini memang kenyataan yang tak dapat disangkal lagi.

Malah ramai yang berkata ‘Jadi cikgu taska/tadika senang je, jaga budak-budak’ , dianggap mudah, tetapi hakikatnya guru saja yang tahu cabarannya yang sebenar.

Tugas seorang guru bukan mudah tidak kira guru sekolah rendah atau menengah. Pengorbanan insan tersebut yang diperumpamakan seperti sebatang lilin tiada tolak bandingan. Tetapi tugas ini dilihat pada pandangan mata kasar orang lain tugas tersebut hanya mendidik sahaja.

Situasi sebegini juga turut dirasai oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Rata-rata masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyangka guru-guru di sini tugasnya hanya menjaga kanak-kanak.

Pandangan masyarakat seperti ini tidak dipersetujui oleh seorang guru yang mengatakan tugas seperti ini begitu hebat dan mencabar apatah lagi mendidik anak-anak seawal seusia bayi hingga 6 tahun.

Dek kerana kesabaran itulah yang membezakan guru-guru ini. Jika tiada sabar maka akan jadi seperti video klip dibawah. Rata-rata ibu bapa sangat marah dengan apa yang buat oleh guru tersebut.

Video kejadian ini tidak dapat dipastikan dimana dirakam dan diambil. Namun apa yang paling penting dalam tugas mendididik ini kesabaran adalah kunci utama. Bukan senang untuk menjaga karenah anak-anak kecil dengan bermacam ragam.

Antara komen-komen netizen,

Inilah dia salah satu sifat kurang baik utk generasi akan datng… teladan yg ditunjukkan akan menjadi dendam sampai bila… berhentilah kerja klu x dapat nk didik dgn ikhlas…

Xtau knp trus rse nk nanges tgk video ni..sbb ank de blajar kt tadika jgak…jauhkn la dr jadi kt ank2 kita..Allahu…ni mst men sebat je pape kerja yg ada jnji dpt duit tiap2 bulan

Takda masalah , cari masalah. Kalau anak aku kau buat macam tu nahas kau wahai perempuan. Silap2 cermin mata kau pecahh. Mohon ambil tindakan terhadap wanita sebegini. Dia xlayak mendidik anak² kita. Anak² yg lain dok tengok je perbuatan dia. Semua dorang dah takut dah. Kot ya pun ade masalah peribadi jangan lepaskan marah thadap orglain terutama budak. Kesian budak tu woii.

Kesian budak tu. Semuga ada pihak berwajib ambil tindakan pd perempuan ni…. x layak di panggil “cikgu” otak letak bwh tumit kaki. 

Klu x tanggungjawab sebaiknya carilah kerja lain…kesian bdk² ketakutan…..semoga tadika yg lain dlm keadaan baik² saja…..panjang fikiran memandangkan cucu pun baru ja belajar di tadika….

Berkerja laa dgn ikhlas?bersabar jika itu kerjaya yg di pilih..anggap budak2 tuu spt anak kita sendiri..kasihani,sygi..mereka pasti memahami akan arahan yg diberi?

Semoga anak-anak kecil di taska itu tidak fobia dengan apa yang jadi. Ini kerana tindakan seperti itu boleh mencacatkan emosi kanak-kanak. Di harapkan juga tindakan dapat diambil kepada guru tersebut.

Artikel oleh RJ

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*