
Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.
” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.
” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.
Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.
” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.
Suasana di sekitar Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di mana majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung sebentar lagi.
Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz
PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa bersama pendakwah Haris Ismail bakal diijabkabulkan sebentar lagi.
Majlis berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dengan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir.
Ketika ini, saudara mara dan tetamu sudah tiba di lokasi majlis akan berlangsung dengan semua berpakaian mengikut tema yang ditetapkan.
Desas desus pernikahan Neelofa dan Haris atau PU Riz mula mendapat perhatian apabila warganet mula berteka teki tarikh sebenar pernikahan mereka.
Pelbagai spekulasi dan teka teki yang membanjiri ruang media sosial tetapi hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan.
Difahamkan majlis yang bertemakan Jabal Rahmah itu turut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.
Neelofa sebelum ini juga menerusi instastorynya memohon agar peminat mendoakan segala urusan dan perancangannya berjalan lancar
Video:-
Alhamdulillah Dengan Sekali Lafaz!! Detik Detik PU Riz Lafaz Akad Nikah Menjadi Perhatian Tetamu Yang Hadir
Sekian lama menanti, akhirnya tiba juga hari yang paling dinanti ramai selain digelar ‘Wedding Of The Year’ iaitu majlis penyatuan hati Noor Neelofa dan Muhammad Haris ataupun lebih dikenali sebagai PU Riz.Lebih selesa menguncikan mulut sepanjang minggu ini meskipun sudah banyak khabar angin yang bertiup kencang, nampaknya ia kini sudah pun menjadi kenyataan.
Berlangsung di Grand Ballroom di Hotel Grand Hyatt, Neelofa dan PU Riz telah pun selamat dinikahkan dengan berwakil walikan adiknya, Aqief dengan sekali lafaz sahaja. Malah jurunikah buat majlis pernikahan tersebut ialah Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Melihatkan pelbagai entri di laman media sosial, tetamu yang hadir terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja. Khabarnya, jemputan yang memenuhi dewan tersebut hanyalah 100 orang sahaja.
Dengan sekali lafaz, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.
Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.
Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin.Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.
Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.
Video nikah.
Selamat pengantin baharu Lofa-Haris.
Terdahulu, bibit-bibit cinta antara NeeIofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih NeeIofa Jun tahun lalu.
Biodata
1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.
2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.
3. Kelahiran negeri Selangor.
4. Berusia 24 tahun (lahir pada tahun 1995).
5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.
6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.
7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.
8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.
9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.
10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.
11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.
Fakta Menarik
Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.
Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.
Gemar bermain futsal.
Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment