
Kecoh di media sosial hari ini apabila satu rakaman video menunjukkan seorang cikgu tadika telah buat satu perkara yang tidak sepatutnya.
Cikgu tersebut telah mengangkat seorang anak murid tadika dan membaling hanya kerana kanak kanak itu tidak diam.
Perkara ini menjadi tular sehingga netizen mula meny3rang laman facebook tadika integrasi yang bertempat di Jalan Kebun, Shah Alam.
Rata rata semua meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cikgu tersebut dan pihak pengurusan tadika.
Layanan buruk guru wanita terbabit kepada mangsa turut disaksikan kanak-kanak lain.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu tular hari ini selepas video berdurasi 10 saat tersebar sebelum warganet mengecam perbuatan guru wanita berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan menerima laporan mengenainya petang tadi.
“Saya mengesahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Beliau juga mengesahkan guru terbabit sudah dikenalpasti dan dipanggil untuk memberi keterangan.
Ketika ditanya sama ada guru terbabit ditahan atau sebaliknya, beliau berkata, siasatan lanjut masih berjalan dan sedang dalam tindakan.
“Sedang dalam tindakan Jabatan Siasatan Jen.ayah,” katanya.
Katanya, individu yang merakam video terbabit juga sedang dalam siasatan.
RUPANYA PERNAH ADA KES LAIN DI LOKASI YANG SAMA
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tadika, mereka memberitahu selama 30 tahun ini adalah kejadian pertama yang berlaku.
Tetapi seorang individu iaitu seorang ibu telah meninggal 1 komen yang mendapat perhatian netizen.
SEKOLAH YANG SAMA
Menurut ibu itu, anak beliau pernah juga kena dengan cikgu tadika tetapi ianya berlaku di cawangan yang lain.
Anak beliau dikurung di dalam store berdindingkan zink pada waktu tengah hari.
Peguam ini jelaskan tindakan yg blh diambil ibubapa murid yg dicampak, memang akan buat cikgu dan taska tersebut terkejut
Tidak ketinggalan peguam yang dekat di hati rakyat iaitu Pn. Nor Zabetha memberi komen. Apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa murid tersebut
Aish! Memang hilang sabar sungguhlah menonton video cikgu taska campak budak. Saya setuju benar dengan komen netizen, kalau anak mereka. Memang siap!Ini yang kita jadi geram sebab perkara tak jadi depan mata. Nasib baik ada orang rakam. Kalau tak rakam? Mesti tak tahu. Ini yang nampak, yang tak nampak?
Kadang-kadang anak kita balik dari taska, ada kesan lebam. Kita tanya apa jadi, alasan cliché biasa guna-jatuh. Kita minta rakaman CCTV tapi taska pula tak ada CCTV.Saya pun jadi tak faham, kenapa banyak kes begini dekat taska-taska dan pusat jagaan. Pemilik atau pengurus taska tidak pantau kah? Atau tidak ditekankan garis panduan cara jaga anak-anak kita kah?
Macam anak ayam, dicampaknya begitu sahaja. Itu anak orang ya, bukan anak sendiri. Siapa bagi kuasa? Anak sendiri pun salah disisi agama dan undang-undang nak dera, inikan pula anak orang!
Kalau tidak tahan melayan kerenah kanak-kanak, cari kerja lain. Jangan aniaya anak orang. Budak, nakal mana sangat sampai dicampak begitu? Dia bising? Dia tak duduk diam? Kasihan juga pada kanak-kanak melihat kawannya dikasari begitu.
Ikut undang-undang, sebenarnya ibu bapa boleh ambil tindakan jika anaknya di.buli, dipu.kul oleh pelajar lain atau guru sekolah. Yang bakal disa.man adalah pelaku iaitu yang bu.li, puk.ul, de.ra dan juga pemilik sekolah.
Ada kes yang sa.man sampai ratus ribu. Jadi wahai pemilik taska sekalian, ketahuilah kalau anak-anak kami dikasari atau didera, tindakan anda yang membuang guru itu langsung tidak memadai. Tunggu pula saman oleh ibu bapa.
Kami bukan sahaja boleh saman cikgu taska, pengurus taska, pemilik taska dan/atau syarikat taska itu sendiri kerana anak kami berada dalam kawalan, jagaan dan seliaan kamu tatkala kami meletakkan kepercayaan kepada kamu untuk menjaga anak kami dengan baik seperti yang diiklankan oleh kamu.
Perbuatan ambil anak-anak ditaska melebihi had yang ditetapkan oleh garis panduan JKM sehingga menyebabkan taska sesak dan cikgu-cikgu stress tetapi mampu menjana pendapatan yang lumayan pada pemilik taska, bukan sahaja salah disisi undang-undang dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin tetapi ibu bapa boleh menyaman ratusan ribu ringgit.
Tempoh hari, saya ada kongsikan pengalaman saya di FB berkenaan anak saya ke taska dan bagaimana cara pengurusan yang teruk dan saya minta ibu bapa lebih peka. Saya share diruang komen ya linknya.
Rentetan kisahnya, pengurus taska ini hubungi saya. Telefon terus nadanya tidak puas hati, walhal saya sambut dengan salam dan nada lembut.Terus dia berikan setiap justifikasi kepada surat aduan saya. Caranya macam “I’m right and you listen”. Eh? Dia langsung tidak mengaku salah dan dalam mode menyerang. Saya rakam semuanya.
Silaplah. Saya jawab setiap satu persatu apa justifikasinya terutamanya bab, dia hendak serahkan anak orang lain kepada orang asing yang datang ke sekolah bagi tujuan ambil barang dan bukan mengambil anak. Eh?
Hal begini mungkin boleh menyebabkan kes penculikan yang cikgu sendiri secara suka rela serahkan anak orang lain dan pintu terbuka luas tanpa dijaga cikgu menyebabkan risiko anak-anak lari dari premis dan hilang.
“You see, since my daughter was not in your school that day maybe you think it’s not my problem. But I pity those children were under your supervision. I tell you honestly, if that time my daughter was there, I will make BIG FUSS out of it. Seriously I WILL”.
Saya tekan ayat saya dan saya benar-benar marah. Sudahlah salah, tidak mahu mengaku kesilapan pengurusan taska. Telefon dengan nada yang dia saja betul. Orang lain tidak boleh bersuara? Ini anak orang, bukan anak ayam. Tolonglah ada tanggungjawab!
Selepas saya mula menyinga begitu, baru dia hendak berlembut yang asalnya telefon saya serupa samseng. “We are really sorry Puan. I’m really glad you tell this. Thank you very much”. Tahu pun berlembut supaya saya tidak buat laporan.
Benarlah. Kalau anak saya dalam video itu. Sungguhlah, segala cikgu, segala pengurusan, semuanya saya bawa ke mahkamah tuntut ratus ribu sebagai pengajaran kepada guru taska lain bahawa memang anak kami kecil tetapi kami wira dan pelindung mereka. Jangan cabar!
Budak kecik bolehlah buli, mari cuba buli ibu bapanya pula. Kenapa guru taska yang angkat, campak dan kasar pada kanak-kanak itu. Shame on you! Malulah sikit.
Jadi apa yang berlaku sebenarnya? Adakah apa yang terjadi hanya senyap begitu atau pihak pengurusan ambil sambil lewa sahaja?
Artikel: AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment