Siapa PU Riz sebenarnya sehingga berjaya menambat hati Neelofa, bukan biasa-biasa rupanya

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 26 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

Biodata Haris Ismail (PU Riz) | Azhan.co

     Fakta Menarik

  • Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
  • Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.
  • Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.
  • Gemar bermain futsal.
  • Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

Ayah Pu Riz ialah Datuk Seri Ismail, businessman berjaya, bukan calang orangnya

Mungkin ramai yang tak tahu, family Pu Riz ini bukanlah orang biasa-biasa. Ayah kepada Pu Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Nama ayah Pu Riz ialah Datuk Seri Ismail, businessman yang berjaya namun sememangnya seorang yang amat rendah diri.

Hal ini disahkan oleh seorang produser iaitu Datuk Ayu Puteh yang merupakan kenalan kepada family Pu Riz.

Datuk Ayu Puterh dah kenal dengan ayah kepada Pu Rzi sejak tahun 2005 lagi, dah lebih kurang 15 tahun.

Katanya, Pu Riz ada memiliki business sendiri iaitu kedai makan Food Station yang dah ada ada 10 cawangan di seluruh negara.

Saya mula kenali Pu Riz masa tu umur dia baru 10 tahun sedang belajar di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Setahu saya dia lelaki yang baik dan memang sesuailah kalau nak dibuat suami.”

Pu Riz manage business iaitu restaurant Food Station, dah ada 10 outlet kat Malaysia. Memang ada yang kata PU Riz ni kaya sebab ibu bapa dia.”

Neelofa tu seorang yang berkemampuan namun begitu Pu Riz sebenarnya mampu nak tanggung bakal isterinya mengikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi sama dengan dengan Neelofa.”

Pu Riz ini memang cemerlang dalam bidang pelajaran dan merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam.

Kini Pu Riz sedang sambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di UIA dalam bidang law, undang-undang pula.

Tentang bapa Pu Riz iaitu Datuk Seri Ismail, Datuk Ayu kata businessman itu tak mahu dikenali ramai, mengambil pendekatan merendah diri saja. Kata Datuk Ayu, dia dan ayah Pu Riz terlibat dengan agensi pembekal pekerja.

Saya kenal Datuk Seri Ismail kerana kami sama-sama dalam satu persatuan perniagaan. Dah 15 tahun kami kenal dan saya boleh kata bapa dia seorang yang kaya-raya, business dia amat berjaya.”

Bapa Pu Riz ni ahli perniagaan yang berjaya tetapi tak nak heboh dan beliau juga memang rendah diri. Datuk Seri Ismail tak suka dunia glamour ni. Kami buat perniagaan agensi iaitu sebagai pembekal pekerja untuk satu Malaysia.”

Itulah cerita dari Datuk Ayu Puteh tentang family Pu Riz dan juga Datuk Seri Ismail. Harapnya selepas ini janganlah nak perlekehkan family orang sampai buat cerita yang entah apa-apa.

Tahniah! Dengan sekali lafaz, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz

Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.

Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin.

Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

Video nikah

Video 2

Video 3

Video 4

Sumber Metro News/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*