
Sebut sahaja nama Lana Nodin, nama pelakon itu sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air dan sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Malah, perkahwinannya dengan dengan jejaka mat saleh, David McKienzie yang merupakan pemain bola tampar olimpik turut menjadi kecaman ramai.
Lana Nordin, Suami Jenis Berterus Terang & Tak Simpan Dalam Hati
Sewaktu menjadi tetamu rancangan Borak Kelamin dengan topik Kahwin Campur Lebih Power yang sedang berlangsung MALAM INI jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD di saluran 104/124, Lana mencurahkan segala pengalamannya sejak berkahwin dengan suami.
Sewaktu dilontarkan soalan Lelaki Mat Salih ke lelaki Melayu? Yang mana satu lebih POWER?
Ternyata Lana bijak menjawab lantas berkata,“Perkataan ‘Power’ tu ehem ehem sikit… nanti terasa pula lelaki Melayu”.
Sempat berseloroh, Lana berkata lelaki mat saleh sentiasa power bebanding lelaki Melayu.
“Lelaki mat saleh always power! Lelaki Melayu khatam romantik dia tak sekhatam lelaki mat saleh la. Lelaki Melayu kan dia propa lebih, depan lain bila kahwin lain,” katanya.
Lana Nodin mendirikan rumah tangga dengan David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn Mckienzie dan William Daud McKienzie.
Malah Lana juga meneruskan tentang sikap suaminya yang begitu matang dan bersikap terbuka.
“Suami saya jenis yang baik, matang dan bersikap terbuka. Mat Salih ni diorang memang lebih matang dalam perhubungan sebab open minded.
“Seperti suami dia akan luahkan apa saja yang terbuku, tak ada simpan di dalam hati. Kita orang Melayu lebih kepada nak jaga hati. Mat salih jenis yang terus terang,” ungkapnya.
Membongkar tentang kisah kehidupan rumah tangganya, Lana menceritakan kini dia seronok bergelar seorang isteri dan ibu.
“Sebelum kahwin memang semua orang kenal saya jenis yang suka menjaga penampilan. Sentiasa tampil dengan kontroversi. Tapi bila dah kahwin dan ada anak saya tak kisah dah ikat rambut terbalik ke, sebab saya sibuk memasak dan menjaga anak-anak.
“Saya jenis yang cerewet dan tidak percaya orang lain jaga anak-anak. Malah saya juga lebih cerewet berbanding suami yang bersikap lebih terbuka bab jaga anak,” jawab Lana.
Hafal Surah Al-Fatihah
Menyentuh tentang didikan agama kepada suami, Lana akui bukanlah satu perkara mudah untuk dirinya membimbing suami. Namun dia bersyukur kerana suami sudah ada asas dalam agama Islam sebelum berkahwin dengan dirinya.
“Bab agama nak tarik dia ke agama kita memang susah, memang susah sebab banyak kerja yang perlu saya lakukan. Saya akui diri sendiri belajar agama pun berterabur. Tapi dia dah tahu asas agama dan perkara pertama saya suruh sebelum berkahwin dengan saya adalah menghafal surah al Fatihah. Dan alhamdulillah dia dapat lakukan dengan baik.
“Bila dia tunjuk kesungguhan, masuk ke rumah tak pakai kasut, berpuasa dia tahu. Lepas kahwin dia tunjuk yang cincin kahwin tu di belakangnya ada perkataan alfatihah, saya rasa bersyukur.
“Masa berkahwin dengan Daud saya memang risau, maklumlah kami dah ada anak macamana nanti bila mereka sambut krismas. Tapi alhamdulillah keluarga mentua sangat menghormati keluarga kami sebagai seorang Islam.
“Masa balik di sana, diorang tukar pinggan mangkuk. Masa kami kahwin pun mereka pakai baju kurung,” luah Lana.
Memang Banyak Cabaran
Lana juga akui sememangnya banyak cabaran apabila berkahwin dengan orang asing, terutama bab solat.
“Setiap kali masuk waktu solat saya akan bising. Cepat solat! Alhamdulillah Daud dapat terima dengan baik.
“Cabaran lain pula, bila berkahwin dengan mereka, cara mereka mengajar anak memang berbeza sebab mereka lebih open minded. Kita orang Melayu banyak yang tak boleh lakukan itu dan ini. Orang sini yang nak kahwin dengan mat salih kamu kena open minded. Kena cari keserasian,” kongsi Lana mengenai resipi kebahagiaan rumah tangganya.
Puan Ashikin Rahim, Peguam Syarie
Menurut Puan Ashikin Rahim, Peguam Syarie yang juga salah seorang tetamu jemputan, wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki bangsa asing tidak semuanya yang berkahwin tidak bahagia.
“Kelebihan orang bukan Melayu ini lebih romantik dan sweet talker. Setakat ini secara umumnya kebanyak mereka yang mendirikan rumah tangga dengan warga asing, mereka kekal bahagia.
“Yang bercerai tak sampai separuh. Punca penceraian pula banyak sebab dan antaranya pertembungan budaya,” kongsi Ashikin.
Sumber RK/MW
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment