“M4buk ketika mempunyai suami adalah hebat” – Tak perlu risau lagi, Alicia Amin rasa hebat ada suami jaga ketika m4buk

Model dan pelakon Alicia Amin sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila membuat pengakuan berani menerusi ciapannya di laman sosial Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, Alicia secara terbuka membuat pengakuan dia berasa hebat ketika suami ada bersamanya disisi.

Katanya dia tidak tahu bagaimana selama ini dia m4buk tanpa suami disisi tanpa memikirkan soal keselamatan.Kini dia berasa lebih yakin dan selamat, malah bangun seawal jam 8 pagi kerana suami akan mengejutnya untuk meminum air masak sepanjang malam.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan Alicia dan menganggapnya terlalu berani mendedahkan kehidupan sosialnya kepada umum.

Bagaimanapun Alicia dilihat telah menjawab kecaman netizen dengan jujur dengan memberitahu dia tidak akan berpura-pura kononnya tidak mengambil alkohol.

Meskipun perkara tersebut berunsur peribadi, netizen beranggapan Alicia patut menyimpan soal kehidupan sosialnya daripada umum agar tidak dikecam masyarakat.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Alamatnya Cinta ini berkata dia sama sekali tidak akan bersifat berpura-pura kononyan tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sepanjang hidupnya.

Komen-komen warganet

Bukan Islam ke? Tapi nikah kat masjid

Bangga betul buat dosa!

Moga dapat pengakhiran yang baik

Kalau tak boleh amalkan ajaran Islam, tolong hormat agama sendiri

Alicia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dikenali sebagai Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab pada 14 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain filem terbaru Alicia berjudul Salina kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.Selain Alicia, pelakon lain yang turut membintangi filem arahan Raja Muhkriz itu ialah Pekin Ibrahim, Mona Allen, Aleeza Kassim dan ramai lagi.

Sumber OMM/RK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "“M4buk ketika mempunyai suami adalah hebat” – Tak perlu risau lagi, Alicia Amin rasa hebat ada suami jaga ketika m4buk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*