Tak sedia umum lagi, video Elly Mazlein nampak ‘baby bump’, ramai beri ucapan tahniah

Sejak mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu, ramai peminat kepada selebriti serba boleh, Elly Mazlein mendoakan agar dia segera menimang cahaya mata.

Walaupun sejak kebelakangan ini spekulasi menyatakan dirinya hamil telah tular, namun dia masih lagi belum mengesahkan hal tersebut.

Ada baby bump ke tu?

Namun, dalam salah satu perkongsian radio Suria FM di aplikasi TikTok mereka, dapat dilihat Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina seakan berbadan dua.

Belum boleh reveal lagi katanya

Lebih mengukuhkan khabar angin tersebut adalah perbualannya bersama penyampai radio DJ Lin yang seakan teruja selepas diberitahu sesuatu oleh Kak Lina.

Dapat ucapan tahniah

Sehubungan dengan video yang tular itu, TikTok Suria FM telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat penyanyi tersebut yang begitu teruja melihat penampilan Kak Lina yang bakal menimang cahaya mata nanti.

Mereka juga mengakui yakin bahawa Elly Mazlein berbadan dua melihat daripada bentuk badan dan pergerakkan selebriti tersebut

Dari ayat DJ Lin macam rahsia je

Dari Muzikal Lawak dah nampak

Tahniah kak Lina

Dah nampak perut tu

Dari belakang pun dah tau

Kak Lina Pom Pom telah hadir ke Suria FM ketika segmen bersama DJ Lin dan Tyzo bagi mempromosikan single terbarunya bertajuk Dusta Cinta yang sedang ligat berkumandang di radio-radio dan aplikasi digital.

Walaupun sudah menerima ucapan tahniah daripada ramai pihak, namun Elly Mazlein masih belum mengiyakan khabar angin mengenai kondisinya sekarang.

Apa-apa pun, jika tekaan peminat betul, tahniah diucapkan bat Kak Lina!

Sumber: DJ Lin, @suriamalaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Tak sedia umum lagi, video Elly Mazlein nampak ‘baby bump’, ramai beri ucapan tahniah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*