Terjawab sudah Neelofa ke Langkawi sebenarnya atas urusan apa dan bukan berbulan madu – Timbalan Ketua Polis

Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan berbulan madu seperti ditularkan di media sosial.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Menurutnya, wakil sebuah syarikat produk minuman membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis Sri Hartamas.

“Hasil semakan mendapati borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan keluar empat individu itu bermula 27 Mac hingga 4 April untuk urusan kerja.

HANTARAN yang tular mendakwa Neelofa dan PU Riz ke Langkawi. FOTO Facebook

“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana,” katanya.

Selain Pulau Langkawi, Basri berkata, mereka akan bergerak ke Sungai Petani, Kedah dan Kangar, Perlis.

“Mereka dijadual tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.

“Justeru, saya tegaskan kebenaran permohonan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Sri Hartamas adalah atas urusan kerja dan bukan untuk tujuan berbulan madu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya terbukti Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis boleh mengambil tin.dakan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, beberapa gambar memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail berada di Langkawi tular di media sosial dengan dak.waan mereka berbulan madu.

Sebelum ini petang tadi,

Polis si4sat Neelofa, PU Riz ‘bulan madu’ di Langkawi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan sia.satan terhadap pasangan pengantin baharu, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz yang kini didakwa sedang berbulan madu di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mengikut laporan media berdasarkan gambar yang tersebar Neelofa dan PU Riz dipercayai berada di pulau peranginan berkenaan.

“Kita akan si.asat perkara ini sama ada benar atau tidak.

“Sekiranya didapati berbulan madu di pulau peranginan terbabit seperti dilaporkan, mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Polis akan menjalankan sias.atan,” katanya kepada BH Online.

Ini kerana katanya, Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

“Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan,” katanya.

Semalam, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Selain itu, Mohamad Zainal juga mengesahkan pengurus majlis perkahwinan dan pembantu peribadi Neelofa hadir memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Mengulas ketiadaan Neelofa dan PU Riz yang sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung sia.satan majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP, Mohamad Zainal berkata, pasangan itu akan tetap dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kami tetap akan memanggil Neelofa dan PU Riz dalam masa terdekat ini,” katanya.

Terdahulu, Pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang juga pengurus majlis perkahwinan disoal siasat selama dua jam, hari ini.

Bagaimanapun, Faiz enggan mengulas siasatan dijalankan berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar SOP di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

“Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap,” katanya yang kelihatan meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira jam 1.40 petang.

Sementara itu, pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin yang ditemani pe.guam tidak memberikan sepatah kata dan berlalu tanpa menghiraukan media. Nadiah dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 2 petang.

Tular di media sosial, netizen dakwa Neelofa & suami tiba di Langkawi, ini puncanya jadi `kan.toi`

Tular sekeping gambar di laman Twitter mendakwa Neelofa selamat tiba di Langkawi, tiga hari selepas selebriti popular itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi laman Twitter, pengguna @arxxxxmand memuat naik tangkapan skrin sebuah posting dari laman Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.

Tangkapan skrin yang menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’ itu sekali gus mengundang netizen bagi membuat andaian dan spekulasi terhadap selebriti berusia 32 tahun itu.

Betul ke bulan madu?

Menerusi pemerhatian di laman Facebook pula, seorang pengguna bernama PakYuss MoSalah berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya Haris Ismail dengan meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Tugas-tugas khas, bawak pengantin baru Neelofa pusing-pusing Langkawi,” tulis PakYuss MoSalah.

Berikutan itu, warganet di Twitter mula memberikan pelbagai reaksi mengenai dakwaan tersebut terutama soal rentas negeri.

Guna agensi kot?

Habis la kena kecam!

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial bekas pengacara MeleTOP itu mengenai dakwaan berkenaan.

Terjawab Punca Sebenar Kenapa Polis Tak Pergi Terus Ke Majlis NeeIofa Dan Bagi K0m.paun

Terbaru, pengurus acara majlis pernikahan selebriti popular dan pendakwah bebas akan dipanggil pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, selain daripada pengurus acara berkenaan, beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.

” Semalam, pihak polis sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini, dijangkakan akan ambil keterangan dari pengurus acara majlis berkenaan.

” Saksi-saksi lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, orang ramai diminta untuk tidak salah faham berhubung pengeluaran kompaun terhadap kesalahan meInggar SOP.

Terima maklumat selepas majlis habis

Polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi siasatan perlu dijalankan.

Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga polis menerima laporan mengenai perInggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan kompaun,” katanya.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti gambar yang tular termasuk kesahihan gambar terbabit sebelum tndakan lanjut diambil.

Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tndakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

HarianMetro kelmarin melaporkan selebriti popular, NeeIofa atau nama sebenarnya, Noor NeeIofa Mohd Noor selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik NeeIofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Namun, satu gambar tular di media sosial mendkwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber OMM/Limauais

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Terjawab sudah Neelofa ke Langkawi sebenarnya atas urusan apa dan bukan berbulan madu – Timbalan Ketua Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*