Terkena tempis, Intan Ladyana geram dituduh bulan madu dengan suami kerana berada di Langkawi, sebenarnya ini yg dia buat

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, isu merentas negeri demi tujuan berbulan madu telah tular di media sosial.

Ada sahaja selebriti yang terkait dengan perkara tersebut sedangkan sempadan negeri belum boleh dibuka untuk tujuan ‘suka-suka’ kecuali disebabkan pekerjaan.

Nama kena ‘petik’

Atas sebab itu, ada sesetengah netizen sengaja mengaitkan beberapa insiden selebriti merentas negeri sebagai modal untuk meraih perhatian dengan menuduh selebriti lain melakukan hal yang sama.

Salah seorang artis yang namanya ‘dipetik’  oleh netizen adalah Intan Ladyana apabila gambarnya bersama suami, Harris Alif menjadi bualan kerana dikatakan sedang berbulan madu di Langkawi.

Jawab tuduhan netizen

Menjawab tuduhan akaun Twitter tersebut, Intan telah meluahkan rasa geram dengan mengatakan tuduhan berkenaan tidak tepat dan orang yang menyebarkannya tidak melakukan semakan dahulu sebelum menuduh sesuka hati.

Menurut Intan, dia membawa suaminya sekali ke Langkawi bagi membantu menguruskan hal-hal penting sepanjang pengambaran drama di sana. Jadi, dia dan Harris sama sekali tidak berbulan madu seperti yang dituduh netizen.

Di ruangan Instagram pelakon wanita itu juga turut menunjukkan dirinya berada di lokasi pengambaran di beberapa pusat peranginan sambil menyertakan hastang tajuk drama yang sedang dijayakan olehnya.

Dia turut menjelaskan bahawa tujuannya merentas negeri adalah untuk bekerja dan bukan berbulan madu seperti yang didakwa.

 

Intan Ladyana dan Harris Alif telah selamat bernikah pada 5 Februari 2021 selepas beberapa bulan menjalin cinta.

Majlis pernikahan mereka berjalan secara ringkas berikutan ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasa di beberapa kawasan di Malaysia memandangkan kes peningkatan pandemik yang agak tinggi ketika itu.

Sedikit info Intan

Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang model, pelakon, dan pengacara Malaysia.  Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).

Intan Ladyana dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berdarah peranakan Melayu dan Siam. Intan merupakan penuntut dalam jurusan undang-undang di United Kingdom. Beliau pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan sebelum pulang ke Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Intan Ladyana Bakal Kembali Dalam Filem Terbaru - Kakimuvee - Portal  Informasi Perfileman

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi peragaan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat. Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.

Pada 5 April 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.

Pada tahun 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia. Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan – Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014) yang mana Intan kembali menjayakan wataknya.

Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.

Pada tahun 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.

Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.

Pada tahun 2020, Intan telah diberi amanah oleh AG Nutrition sebagai Duta rasmi pertama produk kecantikan popular itu. Pemilihan tersebut dibuat dek kerana wajah Intan yang tidak seperti dimamah usia

Harris Alif, Intan Ladyana selamat bernikah, tangguh dulu tiga majlis  resepsi [METROTV]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri dan juga pelakon, Kamal Adli. Pada hujung 2020 beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Harris Alif yang 17 tahun lebih muda daripadanya.[14] Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2021

Sumber: Intan Ladyana, Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*