Siapa pula wanita berkemban hingga nampak susuk badan dalam instagram Nonny, sambil berkaca mata hitam

Selepas menggemparkan industri Tanah Air dengan memuat naik gambar seorang wanita seksi yang menampakkan sebahagian kakinya di Instagram, media sosial pelakon wanita, Nonny Nadirah kembali dengan fot gambar wanita berkemban pula.

Berkemban pulak

Walaupun tidak memperlihatkan wajah, namun dapat diperhatikan seolah-olah wajah Nonny dari sisi tepi memandangkan wanita tersebut tidak berhijab dan mendedahkan sebahagian belakang badannya.

Dengan kapsyen ringkas menulis ‘soap’, Instagram Nonny turut mempromosikan akaun Instagram minuman kesihatan dikenali sebagai @jusmandak_hq.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang hal tersebut kerana Nonny Nadirah merupakan pelakon yang dikenali dengan imej berhijab dan menutup aurat sejak dia mulai berhijrah beberapa tahun lalu.

Dalam postingnya sebelum ini pun turut memaparkan imej wanita seksi sehingga membuatkan sahabatnya yang juga penyanyi, Mila Jirin berasa bimbang akan keadaan Nonny.

Rata-rata rakan artis juga menafikan Nonny berpenampilan sebegitu dan yakin bahawa Intagram pelakon kelahiran Sabah itu digodam seseorang.

Walau bagaimanapun, setakat hari ini masih belum ada sebarang penjelasan dari pihak Nonny sendiri dan kali ini Instagramnya sekali lagi memaparkan gambar wanita seksi seakan wajahnya walaupun tidak ditunjukkan secara jelas kepada umum.

Semoga tiada khabar kurang enak didengar tentang keadaan Nonny Nadirah ketika ini.

Ditvduh jadi pVnca Nonny Nadirah berubah s3ksi, reaksi Niezam Zaidi

bERITA perubahan penampilan pelakon Nonny Nadirah yang dikatakan semakin seksi baru-baru ini turut memberi tempias kepada bekas teman lelakinya iaitu aktor Niezam Zaidi.

Menurut Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, dia menerima banyak mesej daripada netizen di laman sosial yang mengatakan dia mampu mengubah Nonny ke arah yang lebih baik dengan menikahi aktres tersebut.

Namun ada juga segelintir netizen yang menuduh pelakon berusia 29 tahun itu sebagai punca Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berubah seperti itu.

Niezam muat naik status di Instagram.

“Selepas isu itu menjadi tular, saya terima banyak mesej daripada netizen di laman sosial. Ada yang meminta saya untuk kahwin dengan Nonny sebab katanya saya saja boleh mengubah Nonny.

“Tapi ada juga yang kecam dan kata saya adalah punca perubahan tersebut. Sebab itu juga saya ada muat naik status berkenaan isu tersebut selepas terima macam-macam mesej.

“Apa-apa pun, pesanan untuk yang kecam dan mesej saya… terima kasih banyak. Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan dia juga tak ada hak ke atas saya. Tapi saya ada hak untuk mendoakan baik-baik untuk semua orang,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, perkongsian Nonny yang berpakaian seksi di Instagram mengejutkan ramai termasuk rakan baiknya iaitu penyanyi Mila Jirin.

Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu adalah dia.

Niezam juga dilihat memuat naik status mengatakan dia yakin bahawa Nonny seorang yang kuat untuk menghadapi ujian dan turut menitip doa agar bekas kekasihnya itu serta keluarga sentiasa dilindungi Allah.

Bagaimanapun selang sehari selepas itu, Nonny yang berusia 31 tahun itu memadam foto tersebut dan membiarkan akaun Instagram miliknya tanpa sebarang perkongsian.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini enggan mengulas lebih lanjut kerana menganggap isu yang melibatkan Nonny adalah ujian.

Biarpun sudah hampir tiga bulan terputus hubungan, namun pelakon drama Cindai ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nonny.

Niezam pernah berjumpa dengan ahli keluarga Nonny di Sabah.

“Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah ujian untuk saya dan semua orang. Saya tak nak komen lebih sebab saya sendiri tak pasti perkongsian itu sememangnya dia atau tidak. Sebagai manusia, saya tak ada hak nak nilai orang lain.

“Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu dia… Allah lebih mengetahui. Di akhir zaman ini, macam-macam fitnah boleh berlaku. Sebenarnya saya sendiri sudah lama tak berhubung dengan Nonny.

“Kali terakhir kami berhubung pada 16 Januari lalu dan saya pun tak tahu dia sudah pulang ke Sabah. Kami tiba-tiba lost contact tapi setahu saya, kami tidak mempunyai sebarang masalah pun,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 26 Oktober tahun lalu, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpisah.

Mengenai perkembangan karier seni, dua filem terbaharu lakonan Niezam iaitu Rempit 2 dan Airforce bakal ditayangkan pada tahun ini.

Mila Jirin Bersyukur

Hati manusia sifatnya berbolak balik, begitu juga iman yang sentiasa ada naik turunnya. Tak dinafikan lagi, semua orang pasti pernah mengalami saat itu, bukan?

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Begitulah seperti yang dialami salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5 ini.

Setelah sekian lama menyepi dari dunia hiburan, timbul pula kontroversi berkenaan gambar seksi dikongsi oleh penyanyi Nonny Nadirah yang serta-merta menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang mendakwa dirinya sudah membuka tudung.

Berikutan dakwaan tersebut, rakan-rakan industrinya prihatin dan memberi pesanan buat pelantun lagu ‘Runtuh’ itu agar sentiasa kuat menempuhi segala ujian dan dugaan dari Tuhan.

Susulan daripada segala perhatian diberikan oleh rakan-rakan artis, baru-baru ini Nonny dipercayai telah memadam gambarnya itu di laman sosial Instagram.

Lebih-lebih lagi setelah sahabat baiknya, Mila Jirin turut serta mengambil berat terhadap dirinya, menasihati dan mendoakan penyanyi berusia 32 tahun terbabit.

Bukan itu sahaja, Nonny turut dilihat memadam ‘profile picture’ di Instagram. Jadi, tindakannya itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, rakan artis seperti Heliza Helmi dan Mila Jirin tampil meluahkan rasa syukur dan memberi sokongan terhadap perkembangan tersebut. Dalam pada itu, mereka berharap Nonny terus kuat bermujahadah melawan godaan nafsu dan syaitan.

“Syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. @nonnynadirah jom mujahadah lawan jangan tak lawan!” tulis Mila menerusi gambar di Insta Story.
Terdahulu Nonny memuat naik sekeping foto yang memaparkan imej seorang perempuan yang berpakaian seksi di laman Instagram miliknya. Namun, masih tiada lagi sebarang respon yang diberikan oleh empunya diri.

Justeru itu, Mila memuat naik satu perkongsian di Instagram megakui terkejut sambil memberi pesanan dan doa kepada sahabatnya itu. Selain Mila, bekas tunang Nonny, Niezam Zaidi tidak ketinggalan memberi nasihat dan menitipkan doa buat dirinya.

Sumber: Nonny Nadirah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Siapa pula wanita berkemban hingga nampak susuk badan dalam instagram Nonny, sambil berkaca mata hitam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*