Memiliki ketinggian luar biasa, penuntut UTP Muhammad Syazwi Mazlan jadi perhatian bila berjalan di KLCC

Kuala Lumpur: Memiliki ketinggian 200 sentimeter membuatkan Muhammad Syazwi Mazlan, 22, sering menjadi tumpuan awam ketika berada di tempat awam.

Bagi Muhammad Syazwi, dia selesa dengan ketinggian yang dimilikinya dan tidak pernah menganggapnya sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Memang ada rakan-rakan yang bergurau dan mengatakan saya ini terlampau tinggi, tetapi itu bukanlah masalah.

“Malah, saya bersyukur dan selesa dengan fizikal seperti ini walaupun sering menjadi tumpuan ketika berada di tempat awam,” katanya dihubungi, semalam.

Malah, dia yang juga penuntut Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Petroleum Geosains, Universiti Teknologi Petronas (UTP) sering dikaitkan dengan bintang popular Korea Selatan, Lee Kwang Soo.

Lee Kwang Soo In Talks to Star in Upcoming Drama, "Hero" - Annyeong Oppa

Baru-baru ini, Muhammad Syazwi tular di media sosial selepas memuat naik rakamannya berjalan di ibu kota.

Menerusi rakaman berdurasi 24 saat itu, ketinggiannya jelas menonjol apabila berselisih dengan orang lain yang hanya separas lengannya.

Perkongsian di aplikasi TikTok itu mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 560,000 tontonan setakat ini.

Menurut Muhammad Syazwi, dia juga tidak menyangka perkongsiannya tular di media sosial dan mampu mencapai setengah juta tontonan hanya dalam masa dua hari.

“Sebenarnya, perkongsian itu adalah idea daripada jurulatih bola keranjang, Nabil Rauf yang meminta saya membuat kandungan mengenai ketinggian saya.

“Kebetulan, pada malam Isnin lalu, saya keluar bersiar-siar bersama rakan serumah dan terfikir untuk membuat rakaman itu,” katanya yang kini menjalani latihan praktikal di ibu kota.

Kongsinya, kelebihan fizikal yang dimilikinya juga membuatkan dia terpilih menjadi pemain bola keranjang mewakili Terengganu pada kejohanan MabaCup 2019.

MUHAMMAD Syazwi menganggap ketinggian dimilikinya bukan satu masalah. FOTO Ihsan Muhammad Syazwi Mazlan

“Ketika di sekolah, saya tidak pernah bermain sukan ini dan baru saja terbabit dengannya apabila menyambung pengajian di universiti tiga tahun lalu.

“Itu pun atas desakan rakan sebilik yang mengajak menyertai kelabnya kerana melihat potensi fizikal yang saya miliki,” katanya yang berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Berkongsi lanjut, Muhammad Syazwi tidak menafikan ketinggiannya menyebabkan dia sukar mencari barangan seperti pakaian dan kasut.

“Saya biasa pakai keluaran kasut untuk pemain bola keranjang saiz 12 (ukuran Amerika Syarikat), mudah untuk dicari, tetapi tidak banyak pilihan.

“Daripada segi pakaian pula, paling susah cari seluar manakala baju tiada masalah,” katanya.

Video berjalan di KLCC

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Memiliki ketinggian luar biasa, penuntut UTP Muhammad Syazwi Mazlan jadi perhatian bila berjalan di KLCC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*