Dato Awie Dedahkan Punca Utama Kumpulan ABC Terkeluar Adalah Sebab Dato Seri Vida, Apa Yg Awie Ckp Memang Betul

Salah percaturan! Itu ayat digunakan netizen apabila nama kumpulan ABC diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Minggu ini menyaksikan ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B menjemput usahawan terkenal Datuk Seri Vida sebagai tetamu jemputan.

Namun lain pula jadinya apabila ‘pertolongan’ Vida didakwa tidak menjadi dan menenggelamkan kumpulan tersebut.

Selain ABC, Zuzuzu juga tiada rezeki apabila menjadi bintang kedua yang tersingkir di pentas separuh akhir.

AWIE JELASKAN KENAPA DSV ADALAH PUNCA KUMPULAN CIK B TERSINGKIR

Ditanya adakah DSV menjadi punca kepada penyingkiran kepada kumpulan ABC, Dato’ Awie mengiyakan pertanyaan itu.

“BETUL LAH TU. PERINGKAT AWAL SUDAH BAGUS, KITA DAH GEMBIRA TENGOK CIK B DAN YANG LAIN, SEKALI MASUK DSV SAMPAI ANAK DIA SENDIRI CAKAP DAH TUKAR SKRIP KE? ANAK DIA PUN MACAM RASA KECEWA JUGA.

KAMI INI MEMIKIRKAN LAGI DUA ORANG PESERTA LELAKI (CHIWAN DAN ACHOK) DI ATAS PENTAS ITU YANG MEMERLUKAN PENTAS INI UNTUK KERJAYA MEREKA.

YANG DUA ORANG LAGI TU DAH KAYA. KAU DATANG HANCURKAN PROGRAM MEREKA INI, KESIAN KEPADA YANG DUA ORANG ITU. DIA BUAT MACAM ‘SHOW’ DIA SENDIRI. MAAF LA SAYA RASA KECEWA. KAMI SEMUA RASA KECEWA” , JELAS DATO’ AWIE.

Kenyataan Dato Awie itu turut dipersetujui oleh dua lagi juri tetap iaitu Zul Ariffin dan Nur Fazura yang turut kecewa dengan persembahan kumpulan ABC.

“Sayang kerana sewaku program ini bermula, persembahan ABC adalah antara yang dinanti-nantikan. Tetapi lama-lama mereka yang hilang tempo itu dan tersasar dari landasan”, ujar Zul.

Video:

MLS2: Impian ABC, Zuzuzu Mara Ke Final Musnah

IMPIAN kumpulan ABC dan Zuzuzu untuk melangkah ke final musnah apabila mereka diumumkan tersingkir dalam persaingan minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.

Persembahan ABC yang dianggotai oleh Chiwan Chilok, Achok Chilok dan Cik B pada persembahan minggu separuh akhir dilihat kurang menjadi.

Percaturan mereka menampilkan Datuk Seri Vida yang juga merupakan ibu kepada Cik B untuk membantu persembahan menjadi sebaliknya apabila ia ternyata gagal menarik perhatian barisan juri.

Sementara itu, penyingkiran Filzah Azmi, Nizam Jentik-Jentik dan Zahid AF daripada kumpulan Zuzuzu pula sudah dijangka kerana hampir saban minggu berada di kedudukan tiga terbawah.

Kumpulan Heart yang dianggotai Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Buskers pula semakin yakin beraksi apabila sekali lagi dipilih sebagai penerima anugerah Superstar of The Week, sekali gus melayakkan diri ke final.

Kumpulan lain yang turut melayakkan diri untuk mara ke final pada minggu hadapan ialah Viral, U.N.I dan Janggo.

Persembahan kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin yang mewakili 50% pemarkahan, manakala 50% lagi daripada undian penonton.

MLS2 menyaksikan 14 kumpulan bertanding yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular.

Masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM150,000.

Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Warna HD (107) dan Astro Warna (127), setiap Jumaat, jam 9 malam.

SUMBER Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*