“Dr Amalina kahwin jemput 6 orang…dekat Malaysia, siap jemput menteri”

Perkahwinan Dr. Amalina Che Bakri bersama pasangannya, Alexander Charles yang berlangsung di London Central Mosque pada 31 Mac 2021 lalu sememangnya menghadirkan rasa gembira rakyat Malaysia.

Walaupun pernikahannya dilakukan secara ringkas kerana pandemik yang melanda, Dr Amalina tetap bersyukur dengan majlis yang berlangsung kerana sudah tiga kali menunda bergelar suami isteri kerana lockdown yang dijalankan.

Ibu doa dari kejauhan

Lebih menarik lagi, majlis pernikahan bekas pelajar terbaik Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 ini juga memaklumkan hanya 6 orang sahabat dan ahli keluarga yang hadir meraikan majlis ringkas mereka.

Ibunya yang berada di Malaysia turut tidak dapat ke sana ekoran larangan merentas sempadan yang masih dikuatkuasa oleh negara.

Enam orang je yang hadir

Oleh itu, ramai warganet yang tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Amalina mengenai jumlah kehadiran semasa majlis pernikahannya pada penghujung Mac itu.

Hal ini berbeza dengan yang berlaku di Malaysia apabila ada majlis pernikah berjalan tanpa standard operating procedure (SOP) dan turut dihadiri menteri juga.

Walaupun tidak menyebutkan nama, namun sudah pasti ramai yang dapat meneka berkenaan beberapa majlis perkahwinan yang  pernah ‘viral’ kerana disiasat pihak berkuasa ekoran SOP yang agak ‘kelaut’ ketika majlis sedang berlangsung.

Masing2 kena faham SOP

Sehubungan dengan ciapan yang dilakukan akaun Twitter SyedAkramin itu, ramai yang meninggalkan komen dengan ‘memerli’ majlis-majlis yang berlangsung di dalam negara dengan membandingkan majlis pernikahan Dr Amalina di UK.

Faham2 la sendiri

Mak dia pun video call je

“Beza orang cerdik dengan tak”

Diorang nak attention je kot

Terdahulu

Dr Amalina sudah berkahwin, jejaka pilihan yg bertuah ialah seorang warga Eropah bernama Alex

Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hati di London, United Kingdom (UK) pada 31 Mac lalu.

Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi laman sosial Instagram hari ini. Menerusi entri itu, Dr Amalina berkongsi dua foto bersama suaminya yang juga jejaka Inggeris.

Dr Amalina memaklumkan majlis akad nikah mereka diadakan di London Central Mosque selepas tiga kali majlis terpaksa ditunda akibat perintah berkurung.

“Kami lega kerana berjaya melakukan majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat (hanya enam tetamu seperti peraturan pihak berkuasa UK).

“Perancangan asal adalah untuk buat majlis resepsi pada Mac (Malaysia) dan Jun (UK) pada tahun ini. Namun, kami terpaksa tunda majlis resepsi sehingga kami yakin semua orang boleh hadir.

“Kami berharap dapat meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang dan rakan nanti,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Amalina mengumumkan bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 10 Ogos 2020.

Berikut entri penuh Dr Amalina di IG rasmi beliau 

Alhamdulillah, solemnisation (nikah) is done in London Central Mosque on 31st March 2021. Despite having to postpone our nikah 3 times due to lockdown, we are relieved that we managed to have our simple ceremony attended by some close family and friends (6 guests only, in accordance with local COVID rules). Our initial plan was to do receptions in March (Malaysia) and June (UK) this year, however we are postponing our wedding receptions until we are sure that everyone can be there. We look forward to celebrating our big day with our loved ones and friends soon. Lots of love, Amalina and Alex.

Biodata Dan Latar Belakang Pakar Bedah, Dr Amalina Bakri

Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Amalina Bakri merupakan pelajar pintar kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Rentetan itu, beliau menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat yang rata-ratanya kagum dengan pencapaian demi pencapaian diraihnya.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Amalina Che Bakri. Lebih dikenali sebagai Dr Amalina atau Amalina Bakri.

2. Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, namun membesar di Johor Bahru, Johor. Kini berusia 32 tahun.

3. Anak tunggal pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah dan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Namanya mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

5. Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @dramalinabakri sehingga kini sudah mencatatkan lebih 650,000 pengikut, selain mengumpul 440,000 pengikut di akaun Twitter @dramalinabakri dan 17,000 pelanggan di saluran YouTube Dr. Amalina.

Fakta Menarik

Sewaktu di bangku sekolah, beliau aktif memegang pelbagai jawatan persatuan, selain gemar melibatkan diri dalam pertandingan sayembara puisi, lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis dan bersajak. Diangkat sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 dam Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

Seorang yang suka mengembara dengan sehingga kini sudah menjejakkan kaki ke 60 buah destinasi di seluruh pelusuk dunia.

Meminati dunia fesyen sehingga digelarkan sebagai ‘Dr Bling Bling’. Gemar ke gim untuk menjaga penampilan diri, selain merupakan peminat tegar filem adiwira Avengers keluaran Marvel Studios.

Menjadikan media sosial sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu kesihatan.

Mampu berkomunikasi dalam slanga British selepas 14 tahun berada di negara itu.

Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia yang membiayai pengajiannya di UK dalam bidang perubatan.

Merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK).

Menyimpan impian untuk bergelar pakar bedah kanser payudara dan onkoplastik.

Kini sedang menyulam cinta dengan seorang jejaka Inggeris yang dirahsiakan namanya.

Pencapaian Pendidikan

A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari tahun 2005 hingga 2007.

Menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.

Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010.

Mengikuti Program Amgen European Scholars yang melibatkan kajian dalam bidang farmakologi di Institut Karolinska, Sweden dari 2009 hingga 2010.

Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.

Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015.

Dari 2017 hingga kini, beliau menuntut dalam bidang pengajian doktor falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai pendaftar pembedahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*