(Video) Pengantin Lelaki Dapat Hadiah 1 Papan Kopi ‘Kuat’ Dari Kawan. Ini Respond Pengantin Perempuan Lepas Nampak Hadiah Itu

Sudah menjadi kelaziman bagi tetamu yang menghadiri mana-mana majlis perkahwinan untuk memberi hadiah kepada pengantin baru, lagi-lagi yang berkahwin merupakan ahli keluarga sendiri mahupun rakan terdekat.

Hadiah tersebut secara tidak langsung sebagai ‘simbolik’ mengucapkan tahniah atas masjid yang telah terjalin dan pada masa yang sama hadiah tersebut dapat digunakan pada masa akan datang.

Hadiah istimewa buat pengantin

Tapi apa yang melucukan, seperti satu video dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Engku Faris di laman TikTok yang memberikan hadiah lain daripada yang lain kepada rakannya yang bergelar raja sehari.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki itu pada mulanya ‘terhibur’ dengan hadiah yang diberikan berupa kopi segera yang dipercayai mampu memberi tenaga ‘luar biasa’ buat pengantin lelaki.

Pengantin Perempuan Ketawa Je..

Tidak berakhir di situ, ketika sesi penyerahan hadiah ‘istimewa’ ini rata-rata mereka turut terhibur dan bergelak sesama sendiri.

Kelihatan pengantin perempuan yang berada di belakang turut tergelak kecil melihat hadiah tersebut.

Video :

KOMEN NETIZEN:

Rata rata netizen meluahkan rasa lucu dengan pemberian hadiah tersebut. Ada juga yang berpendapat perkara seperti ini tidak patut dibuat kerana boleh mendatangkan malu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tudia malam2 kajung

Pergh kopi cap songkok

Minum sepeket esok tak turun

Abis la bini dia, dah risau dah tu malam nanti

Apa pun selamat pengantin baru kepada mereka dan semoga kekal bahagia sehingga Jannah. Selamat menjamu selera kopi.

Sumber : OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*