Tebar roti canai sebelah tangan je! Ramai ‘terpesona’ lihat aksi gadis cantik ini smp sanggup keluar duit hantaran




Kebiasaannya, kerja menebar roti canai sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Hal tersebut kerana ia perlu menggunakan tenaga yang banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan setiap hari.

Bagaimanapun, seiring peredaran masa, sudah ramai wanita memiliki kemahiran menyediakan juadah sarapan dikenali ramai itu.

Siapa sangka di sebalik wajah cantik dan jari-jemari halus, seorang gadis berasal dari Cherating, Pahang mampu melakukan kerja tersebut.

Aksi menebar roti canai pemilik nama Isya itu berjaya mencuri tumpuan ramai menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Menerusi rakaman berdurasi dua puluh saat itu, gadis berkenaan bukan saja tidak kekok menjadi penebar roti canai di kedai makan, tetapi dia juga kelihatan yakin apabila menunjukkan skil istimewa tebar roti canai menggunakan sebelah tangan sahaja.

Video lain

Teringin nak makan roti canai hari2

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi teruja dan terpikat dengan kemahiran dimilikinya.

Mereka sempat juga berseloroh berbaloi memberi hantaran mahal untuknya.

Ni baru betul hantaran RM10,000

Terbaik!! Idola ni

Cantik, pandai tebar roti canai & meniaga

Kalau diri sendiri buat jadi roti kirai

Pandai tebar roti mesti pandai masak

Tapi bila nak siap, lama tunggu

Lain dari yang lain

Pasti ada berkenan buat menantu

Berpusing pusing roti canai pusing lagi fikiran saya ini terhadap awak

Sumber: TikTok @ig.its_isyasssss

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*