
SUSULAN pendedahan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendakwa anaknya Serina Redzuawan melangsungkan pernikahan di Thailand, akhirnya pelakon itu tampil menafikan kenyataan bapanya itu.Menurut Serina, 38, dakwaan Chef Wan itu tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan suami yang dikenali sebagai Aidid diadakan di Malaysia.
“Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina dan suami.
“Selepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kahwin di Siam itu adalah tidak benar, kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.
“Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam, fikirlah logik sempadan pun tutup… mana ada buka,” katanya menerusi Instagram pada pagi Sabtu.
Sebelum ini, Chef Wan, 63, mendedahkan Serina berkahwin di negara jiran tanpa pengetahuannya.
Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram.
Dalam pada itu, Serina berkata tindakan bapanya memuat naik status kecewa itu dilakukan selepas dihasut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga
“Memang saya akui ramai yang hasut papa dan cucuk papa macam-macam, suka tengok keluarga kami hancur. Saya sentiasa menghormati bapa saya. Kami tak ada masalah pun selama ni. Malah, papa sendiri ada post di Instagram dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah… benda baik halal kan hubungan dituntut dalam Islam.
“Siap cakap makan-makan di restoran papa je nanti untuk kenduri jamuan doa selamat. Secara jujur papa dah tau kami nikah, saya dah maklumkan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.
“Apa pun saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami, moga Allah beri orang ini hidayah… tolong hormat juga keluarga mertua Serina, mereka pun ada perasaan,” ujarnya.
Dalam perkongsian yang sama, Serina turut memohon netizen menghentikan kecaman dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkahwinannya itu.
Malah, dia menafikan tuduhan yang mengatakan Aidid merupakan suami orang.
“Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat kelak sebab itu kalau kita tak tahu jangan kita pandai-pandai nak komen dan hentam orang lain.
“Saya nak jelaskan suami saya bukan suami orang, (dia) duda. Sebelum kenal saya pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh suami saya yang tak benar.
“Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik-baik jangan jadikan media sosial tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis,” katanya.
Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10 tahun.
Berita semalam,
Rupanya Nikah di Siam Dh Lama Baru Britahu Bapanya, Kau Rasa Bgus ke Budi Bahasa Anak Jnis Begini – Chef Wan
PeIakon, pengacara dan juga anak kepada chef terkenal, Serina Redzuawan telah selamat bernkah hari ini bersama jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aidid.
Prkara itu diumumkan Serina menerusi satu posting di Instagramnya, sebentar tadi.
Serina berkata, dia bersyukur kerana majlis berlangsung dengan lancar dan paling penting perkara wajib sudah pun diselesaikan.
” Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami.
” Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu.
” Benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.
” Alhamdulillah dia lah yg terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya.
Tambahnya, dia juga berterima kasih ayahnya, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kerana merestui perkahwinan mereka.
” Insya-Allah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.
” Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa,” katanya.
Reaksi Chef Wan mengejutkan ramai
Sementara itu, menerusi semakan di Instagram Chef Wan, bapa Serina itu telah memuatnaik satu status yang mengejutkan ramai sambil berkongsi foto pernikahan Serina.
Menurut Chef Wan, beliau tidak tahu mengenai pernikahan anaknya itu sudah berlangsung dan hanya mengetahui perkara itu menerusi gambar yang dihantar adik perempuannya.
” My sister just sent me this photo. ‘Anak kau dah kawin kau tak tahu?’
” Dia umum kan lagi didalam IG. I was shocked. Last 2 week she insisted nak nikah juga sebelum puasa.
” She said ” Rina dah nikah di Siam pun Pa!
” My heart was striked by lightning ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula in Msia aja. Terus saya tak pun jawab apa yang dia cakap.
” Dulu pun dia maIukan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu.
” With this behind my back after all my adviced i am not surprise. Sebagai ayah, sudah pasti apa yang mereka berdua lakukan ini sangat mengecewakan”
” Saya tak melarang pun dia nikah. Pi nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya, kamu rasa bagus budi bahasa anak jenis begini?
And now this?
” Rina….Rina suka hati kau orang lah. Kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggung jawab dengan apa yg kau orang lakukan ini semua especially behind my back.
” As much as u have hurt me i will still swollow aja. Baik apa pun i wished u both a happy marriage.
” At this point i am sure any parent would share the same feeling that i am feeling now.
” Kita doa kan terbaik dan aminkan pernikahan mereka ini sudah lah.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment