“Ini adalah perkahwinan pertama saya” Teka-teki status Haliza Misbun terjawab, jejaka bertuah British jadi pilihan

PELAKON Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pada petang Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin kira-kira pukul 5.25 petang.
Upacara akad nikah itu berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.

Pada majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu.

Kekal Menawan, Wajah Pelakon HALIZA MISBUN Di Usia 48 Tahun! - Nona

Haliza menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tiga daripada pengantin lelaki.Perkahwinan dengan duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon drama Cinderella itu.

Menurut Haliza dia menjalinkan hubungan persahabatan dengan Matthew sejak empat tahun lalu.Suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta

“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insyaAllah.“Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu.

Kami berkenalan menerusi kawan, bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan,” katanya.

Sementara itu, Haliza berkata dia mula serius memikirkan mengenai perkahwinan ini selepas melihat kesungguhan Matthew bertemu keluarganya.


Haliza terpikat dengan kesungguhan yang ditunjukkan Matthew.

“Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.

“Mungkin disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.

Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.

Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada lelaki British - Kosmo Digital

Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.

“Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik Covid-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.

p/s: Tahniah di ucapkan kepada Haliza dan pasangan. Semiga mahligai yang dibina kekal sehingga ke syurga

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*