
Kuala Lumpur: Kemelut membabitkan chef selebriti, Datuk Chef Wan dengan anaknya juga pelakon, Serina Redzuawan bagai tidak berkesudahan.
Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, mendedahkan bagaimana Serina yang mengatakan dirinya sudah dimalukan berdasarkan beberapa kenyataannya di Instagram sebelum ini.
“Anak saya cakap kenapa saya mereka. Katanya, nanti suami kena tindakan tatatertib atau dibuang kerja. Katanya lagi malu kedua mentuanya sebab isu ini. Bukan dia ingat hati bapa dia ini yang ditipu oleh mereka. Kita mendapat malu.
“Netizen tak tahu hujung pangkal pula maki hamun tak tentu fasal mahu pun dan semua kawan mereka menyebelahi perbuatan mereka. Kenapa tak fikir 1000 kali nak buat Rina (Serina) sebelum semua ini berlaku?
“Semalam isteri tua mengaku mereka kahwin sebelum dia diceraikan. Kantoi lagi. Biarlah orang tahu cerita sejujur jujurnya agar bapa kau ini tak jadi mangsa dimaki hamun oleh orang. Berani kerana benar Rina. Dia lebih pentingkan hati dia, suami dan mentua,” katanya.
Menerusi hantaran yang memaparkan dirinya sedang membuat pemeriksaan doktor, Chef Wan mengakui berhenti membaca komen netizen di laman sosial.
“Hati saya berdegup kencang dua malam yang lalu. Saya cakap kepada diri bahawa saya akan mengalami serangan jantung kerana saya merasa tercekik. Saya berhenti membaca semua komen di IG.
“Saya telan pil tidur untuk menutup minda dan hati saya yang tertekan dari semua masalah ini. Sama seperti Doktor, saya menjadualkan pemeriksaan perubatan tahunan saya hari ini di hospital Gleneagle dan ujian Covid-19 untuk kali ketiga. Mari buat pemeriksaan menyeluruh,” katanya.
Tduh orang fitn4h nak r0sakkan keluarga dan sebagainya, Cef Wan mula bersuara
Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail memohon maaf sekiranya ada pihak menyifatkan dirinya sengaja meng4ibkan keluarga sendiri berhubung pernikahan anak keduanya, Serina.
Menerusi satu hantaran yang dimuat nak dalam Instagram, Redzuawan, 63, bagaimanapun berkata, sebagai seorang bapa, dia berhak bertindak sedemikian memandangkan Serina bernikah tanpa pengetahuannya.
“Beginilah kehidupan dunia. Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peminat yang memberikan kata-kata semangat untuk saya.
“Saya memohon maaf kepada mereka yang beranggapan bahawa saya meng4ibkan anak sendiri. Bagi saya, selepas Serina mengumumkan pernikahannya dalam Instagram, saya perlu tampil menjelaskan keadaan sebenar.
“Nikah sempadan tak berdaftar ke atau nikah di Siam ke, kebenarannya kedua-duanya telah menikah sebulan lalu ketika dia (lelaki tersebut) masih lagi berkahwin dengan isteri pertama,” tulis Cef Wan.
Ujarnya lagi, Serina dan suaminya sebelum ini pernah datang berjumpa dengannya untuk meminta restu untuk berkahwin.
“Depan saya dua-dua tipu saya hidup-hidup, berlakon minta restu konon. Dah nikah mengaku sajalah. M4salah ini tidak akan timbul pun.
“Tuduh orang fitn4h nak r0sakkan keluarga dan sebagainya. Bangkai gajah lama-lama pun bau busuk,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Cef Wan turut memberi teguran sinis pada netizen yang suka meninggalkan komen tanpa usul periksa supaya teruslah berbuat demikian.
“Apa yang penting saya telah memberikan pengajaran kepada mereka (Serina dan suami) supaya jangan menipu dan berdolak-dalih.
“Juga kepada mereka di luar sana, jangan membelakangkan emak ayah dalam urusan nikah kahwin. Banyak betul cerita yang kita dengar, di akhirnya hidup mereka tidak selamat. Hormati ibu dan bapa kita,” tulisnya.
Sejak beberapa hari lalu, heboh dalam media sosial tentang pernikahan Serina dengan suaminya, Aidid yang dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan Cef Wan.
Sehubungan itu, Cef Wan telah memuat naik beberapa hantaran meluahkan rasa kecewa tentang pernikahan anaknya dan mendedahkan bahawa kedua-duanya telah bernikah di Thailand.
Serina bagaimanapun menafikan d.akwaan tersebut dan memberitahu bahawa pernikahannya telah dijalankan di Perlis. Dia juga menafikan bahawa Aidid berstatus suami orang, sebaliknya seorang duda.
Bekas Isteri Dedah Segalanya
“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu me.nipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” kata Hamizah.
Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun menurut Hamizah dia diceraikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.
“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.
“Pada 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami berc3rai, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya.
Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mhkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit: Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment