Menteri Besar Terengganu Umum Tidak Boleh Berbuka Puasa Dan Sahur Dalam Mesjid. Sekali Ustaz Azhar Idrus Masuk Komen

Jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan yang dijangka Selasa ini.

Turut tidak dibenarkan adalah moreh dan juga jamuan makan sahur.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad memaklumkan, larangan majlis jamuan berbuka puasa, moreh dan makan sahur di semua masjid serta surau dilakukan bagi membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, jelasnya, jemaah masih dibenarkan berbuka puasa, moreh serta makan sahur makanan berbungkus dan tidak membabitkan jumlah yang ramai.

Gambar Hiasan

“Garis panduan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa sudah diedarkan kepada jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri.

“Jawatankuasa masjid dan surau diminta menyediakan kurma serta air mineral bagi membolehkan jemaah yang datang awal untuk menunaikan solat magrib berjemaah berbuka puasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mat Azmi, sebelum berlakunya penularan pandemik COVID-19, menjadi kebiasaan bagi umat Islam di negeri ini mengadakan majlis berbuka puasa membabitkan penduduk kampung.

“Mereka kebiasaannya akan mengadakan gotong royong menyediakan masakan untuk berbuka puasa,” ujarnya.

Namun, program dan aktiviti itu dilarang diadakan berikutan berlakunya penularan pandemik COVID-19, di seluruh negara sejak Mac tahun lalu.

“Semua jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini diminta sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi membantu kerajaan membendung penularan COVID-19,” tegasnya.

Ustaz Azhar Idrus Masuk Komen

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kongsikan artikel di atas yang dipetik dari laman web trdi.my ke laman Facebook rasmi beliau mengundang pelbagai reaksi netizen

Perkara ini mendapat banyak tentangan dari rakyat Terengganu. Rata rata mengatakan mengapa perkara ini boleh diluluskan.

Di dalam banyak komen tersebut tiba tiba kelihatan 1 komen dari Ustaz Azhar Idrus sendiri.

“Buat larangan untuk semua majlis berbuka puasa yg ada orang ramai..bkn di masjid saja tp hotel dan restoran dan dewan dll sbb covid tak pilih tempat” – Ustaz Azhar Idrus

Artikel: AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*