Mira Filzah ‘terpaksa’ berbuka dan bersahur tanpa suami, tak sangka betul berpunca daripada ini

Kuala Lumpur: Hasrat pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah untuk kerap berbuka puasa dan bersahur bersama suaminya, Wan Emir Astar sepanjang Ramadan ini tidak kesampaian apabila dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat.

Mira dalam satu hantaran di Instagram berkata, jadual kerjanya berubah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu hingga ia terpaksa dianjak hingga akhir Ramadan.

“Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari itu, dah macam-macam fikir. Tengok-tengok, jadual penggambaran dah anjak hingga akhir puasa,” katanya.

Mira berkata, tahun ini mungkin hanya beberapa kali dia boleh berbuka dan bersahur dengan Emir. Apatah lagi dengan ibu bapa, nenek, datuk dan keluarga yang lain.

Dalam hantaran sama, Mira juga berkongsi mengenai rancangan asalnya untuk menyediakan juadah sahur dan berbuka buat suami.

Katanya, dia sudah membayangkan banyak yang perlu dilakukan ketika Ramadan terutama selepas bergelar isteri.

“Tak ada dah bangun sahur, terus makan dan mak dah siap hidang. Tak ada nanti nak berbuka, tolong-tolong kacau gulai saja sambil teman mak masak.

“Nak fikir sahur apa, nak berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa makanan sebab kita pula sejenis setiap kali masak, rasa sampai tiga ke empat kali barulah yakin.

“Tak apalah. Kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul,” tulisnya.

Mira juga meminta maaf kepada suaminya dan berdoa semoga ibadah puasa kali ini diterima Allah.

Dalam pada itu, Mira turut berkongsi beberapa fotonya bersama Emir yang penuh romantis untuk tatapan pengikutnya.

Hantaran itu menerima hampir 200,000 tanda ‘like’ di samping ratusan komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu.

tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir. Dalam kepala dah set “Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong2 kacau gulai je sambil teman Mak masak. 😅 (Teman eh, bukan masak tau teman je.)

Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas”. Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka, LOL. 😂. Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. 😂😂😂 Macam macam lahh. Preparation nii.

Tengok tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. 🥲 (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa) Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagi lah. Hmmm tak dapat balik kampung. 💔 Kita outstation pula tu. Hmmmm 🥲 Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul.

Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT. ❤️ AND, congratulations for your new app! KORANG, boleh download app yg Emir baru sahaja usahakan, ‘Tarteel’! Aplikasi bacaan dan hafalan Al-Quran yang dinamakan ‘Tarteel’ @thejourney_arahmanasyurga, powered by voice recognition and ‘AI Machine Learning’ to help improve and assist our memorization. Mana tahu ada target nk hafal surah2 baru utk Ramadhan tahun ini, haa download and try okay! 🥰

Selamat berpuasa semua. 🌙🕌

Komen netizen,

ramonazamzam – Muka korang sumpah sama i cannot un-see that anymore 😍 Congrats on the new app & selamat berpuasa Mira !

this_sember31 – Hahaha…so typical para isteri first experience laa kita ni kan mira.. 😂 what u think is same like what i think.. last² first day puasa, sy kerja shift ptg. Suami berbuka dgn parents in law je..next week bru ada moment berbuka sama².. hihi.. Semoga kita semua sama² menikmati bahagia dgn cara sdiri. Aamiin.

eyjarosli – Doakan akak jugak ye. Moga tahun akhir sebagai single ❤️. Selamat berpuasa Mira n emir

shalmaainaa – Salam Ramadhan Korg ❤️ and selamat bekerja Miraaa! Take care okie 🥰

cik.belimbing – Pandang caption mira kali ni. Selamat berpuasa mira dan family ❤️

Sumber Hmetro/IG Mira Filzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Mira Filzah ‘terpaksa’ berbuka dan bersahur tanpa suami, tak sangka betul berpunca daripada ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*