“Banyak manusia munafik!” – Sajat tekad mahu bangkit kembali

Nampaknya usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarzaman terus mencetuskan kontroversi.

Sejak ‘menghilangkan’ diri susulan menjadi buruan pihak berkuasa selepas waran tangkapnya dikeluarkan  mahkamah tinggi syariah, Sajat dilihat kurang menggunakan media sosialnya bagi mengelakkan keberadaannya dikesan.

Macam marah je bang jat

Namun, sejak beberapa hari kebelakangan ini, dia seolah-oleh ‘mencabar’ pihak tertentu dengan mengeluarkan kenyataan menyentuh perihal agama walaupun menulis secara random memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan.

Dalam IG story terbarunya, dia seakan berang apabila mengeluarkan kenyataan memerli sestengah pihak yang merasakan diri tidak pernah berbuat dosa dan menggelar mereka sebagai munafik.

Akan bangkit dari semua ini

Dalam pada itu, dengan menggunakan filter filem animasi Frozen dan watak Puteri Elsa, Sajat memaklumkan dirinya akan bangkit dari segala masalah yang berlaku.

 

Maki haters pulak!

Dia juga sempat memaki para haters dengan kata-kata yang kurang sopan bagi menggambarkan perasaan amarahnya apabila kerap dikecam sebelum ini.

Walau pun keberadaan Sajat masih lagi menjadi ‘misteri’, namun berkemungkinan besar dia berada di Thailand.

Usahawan ini masih belum menyerahkan diri sejak hari pertama diburu pihak berkuasa setelah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah ekoran kegagalannya menghadiri prosiding kes berpakaian wanita pada tiga tahun lalu.

Sajat Gelek Seksi Tak Hormat Ramadan

Usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, yang sebelum ini lama menyepi itu nampaknya kini kembali ke dunia media sosial apabila memuat naik beberapa posting di laman Instagram.

Bagaimanapun, posting yang dimuat naik Sajat itu telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila Sajat secara sengaja tampil dengan imej seksi. Malah, Sajat dengan ligatnya mendedahkan bahagian badannya sambil membuat tarian gelek.

Rata-rata mereka menganggap posting berkenaan tidak sesuai terutama ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan.

“Sesungguhnya aku sedang berpuasa” – Pakailah elok sikit, dah masuk Ramadan ni, hormatilah sikit” – “Kurang ajar dia ni, umum puasa je terus buat video macam ni,” tulis beberapa netizen.

Sebulan dicari masih bebas, Sajat dakwa polis ada kes lain lebih penting

Meskipun sudah sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), usahawan kontroversi Sajat nampaknya masih aktif di media sosial dipercayai membuat ‘live’ di akaun Instagram miliknya pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, individu dipercayai Sajat itu bagaimanapun tidak menunjukkan wajah kepada warganet selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.

Malah, usahawan berusia 36 tahun tersebut menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersem­bunyi daripada pihak JAIS dan polis.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” kata Sajat selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya seolah-oleh berniat mahu menukar agama, tiga minggu lalu.

Menerusi laporan sama, dia turut menafikan kononnya bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” kata pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu.

Selain itu, Sajat juga mendakwa pihak berkuasa tidak mencari dirinya selain yakin polis mempunyai kes atau urusan lebih penting berbanding dirinya.

Difahamkan, itu adalah ‘live’ pertama Sajat sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya yang dipercayai menghilangkan diri sehingga gagal dikesan.

Sumber: Nursajat/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*