Rider Foodpanda guna basikal semasa berpuasa smp tgn `sunburn`, sekali YB ini muncul betul2 buat rider ini terkejut

TIADA siapa menduga krisis pandemik Covid-19 ini benar-benar memberikan impak luar biasa. Bukan setakat mampu menjejaskan tahap kesihatan seseorang, malah aspek ekonomi juga turut sama terkesan akibat penularan wabak tersebut.

Ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kesukaran bagi meneruskan kehidupan akibat diberhentikan kerja oleh majikan.

Susulan itu YB ini menceritakan bagaiman kesusahan seorang rider Foodpanda yang menggunakan basikal.

Hari ini Ramadan pertama.

Saya ditemukan dengan seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan.Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.

Apabila saya bertanya kepadanya, mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motorsikal seperti yang lain; dia jawab, dia tidak ada motorsikal.Basikal pun dipinjam daripada kawan, itupun seat dia dan banyak yang dah rosak. Tapi demi mencari rezeki, dia redha.

Adik Mohamad berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja. Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik. Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli, dengan keputusan cemerlang.

Tapi setakat ini gajinya hanya RM500 sebulan, nak makan pun tak cukup, sewa bilik dia tak bayar, atas ehsan kawannya. Adik Mohamad tidak merungut, malah bersyukur dengan peluang yang ada. Sebaliknya lepas kerja setiap hari, dia pinjam basikal kawan untuk jadi rider food panda. Lepas kerja, rehat satu jam, pi kayuh sampai 11 malam. Dapat RM20-30 sehari, cukup makan beberapa kali. Ada kala, makan nasi lemak tiap-tiap hari sebab nak jimat duit.

Saya tengok kedua-dua belah tangannya pun sudah terbakar dek terik matahari. Mata masuk habuk mendengar kisah adik Mohamad. Walaupun saya hormat Tun Dr Mahathir, saya dari dulu lagi tak setuju dengan stereotype Tun yang kata Cina kaya, Melayu malas. Ramai Cina yang bergelut demi mencari makan, ramai anak Melayu seperti adik Mohamad yang rajin berusaha demi kehidupan.

Bila saya tanya adik Mohamad apa pertolongan yang diperlukan, dia segan nak jawab. Beginilah, saya tak pandai hal agama, tapi kawan-kawan ajar saya bulan Ramadan ini banyak berkat. Saya mohon berkat Ramadan, saya belikan adik Mohamad sebiji motor.

Asalnya adik Mohamad macam tak percaya. Tapi bila saya bawa ke kedai motor kat Bukit Mertajam, dia terus terharu. Kita beli Honda. Saya bayar cash. Kalau orang kecam saya guna peruntukan kerajaan beli motor, saya nak habaq saya tak ada peruntukan nak guna.

Saya sekarang Ahli Parlimen pembangkang. Ini saya beli guna wang gaji saya sendiri. RM4,500 termasuk road tax, insurans, settle penuh, minyak isi full tank, adik Mohamad boleh terus bawa motor ini tak payah bimbang. Bolehlah adik naik motor ke kerja (sekarang dia tumpang motor kawan) dan jika jadi rider, tak payah susah susah kayuh basikal. Usah risau lagi hujung Ramadan macam mana nak balik Kelantan jumpa mak ayah – kuda sudah ada. πŸ˜…πŸŽ

Kami juga pergi farmasi beli krim aloe vera dan krim sunblock. Saya peringat adik Mohamad agar wajib sapu krim setiap kali sebelum keluar buat food panda. Kita perlu jaga kesihatan diri. Kalau jatuh sakit, mak ayah juga yang akan bimbang.

Hari ini Ramadan pertama, saya belajar satu benda yang penting. Kita perlu banyak-banyak bersabar dalam menempuh cabaran hidup. Jangan putus asa walau susah macam mana sekalipun, dongipap kipidap! Setiap perkara ada hikmahnya, Tuhan tidak pernah mengabaikan kita.

Adik Mohamad telah menginsafkan saya tentang perkara ini. Iftar pertama tahun ini, saya buka puasa bersama adik Mohamad. Walaupun berjauhan dari keluarga dan terpaksa bekerja keras mencari rezeki, saya doakan Ramadan ini akan menjadi Ramadan yang lebih bermakna buat dirinya. πŸ™πŸ€²

Antara komen2 netizen

Syukur, selain UEL.. Ada lg ramai insan lain yg berhati mulia.. Semoga jd asbab kebaikan.. Sebarkan kasih syg sesama insan tak kira latarbelakang.. Moga setiap amal ibadah diterima di sisi yg maha Esa..

Aku puji walau kita tak sama fahaman parti politik. Yg baik aku sokong. Mmg kata2 tun m yg ckp melayu mls tu tak betul. Mls rajin tu sikap individu bkn bangsa

Jangan pikir pasal pru baru nak turun padang.. Skrg pon rakyat boleh tgk yb mana yg boleh pakai dan tak boleh pakai.. Good job yb.. May god bless u

Ni dh baca pon rasa sebak.. Klau ad kat tempt dia.. Mau teriak sambil mkn

Tq yb! Yb dh kawen blm? Jiran belakang rumah suruh tnykan.

Kredit: Steven Sim Chee Keong / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Rider Foodpanda guna basikal semasa berpuasa smp tgn `sunburn`, sekali YB ini muncul betul2 buat rider ini terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*