
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi penjelasan susulan tularnya satu video memaparkan beliau menaiki pesawat mewah ketika lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Menerusi satu bebenang di Twitter, Zulkifli berkata lawatan kerjanya ke negara tersebut yang bermula Jumaat lalu, ditaja sepenuhnya Liga Muslim Sedunia (MWL).
“Saya menaiki penerbangan Saudia Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain.
“Penerbangan dari Riyadh ke Madinah seperti dalam video tersebut diuruskan sepenuhnya oleh MWL.
“Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah.
“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan,” katanya.
Tambah Zulkifli, semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang lawatannya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja sepenuhnya oleh MWL.
“Saya melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada kerajaan Malaysia.
“Justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana atau menuju ke sana adalah tidak benar,” ujarnya.
Dr Zulkifli bersama Gabenor Madinah, Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
Zulkifli dalam masa yang sama berkata beliau sangat menghargai tindakan beberapa pihak yang meminta kepastian daripadanya dahulu sebelum membuat tuduhan.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata beliau memaafkan pihak yang membuat andaian berbaur fitnah terhadapnya.
“Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia.
“Saya doakan semoga Ramadan kali ini mampu mendidik jiwa kita ke arah yang diredai-Nya,” ujarnya lagi.
Penjelasan ini dibuat selepas video berdurasi hampir seminit memaparkan Zulkifli dan delegasinya berada dalam sebuah pesawat mewah ketika mengadakan lawatan ke Saudi tular.
Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen di mana ada yang melemparkan tuduhan mengaitkan lawatan tersebut dengan wang rakyat.
Alhamdulillah. Mewah perjalanan orang-orang agama kita ni ya. Syukur. pic.twitter.com/ZTUuaNREDK
— KNB ? (@nizambakeri) April 13, 2021
Terdahulu media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tiba di Madinah semalam bagi meneruskan lawatan kerjanya ke Arab Saudi atas jemputan Liga Dunia Islam (MWL).
Ketibaan beliau dan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dari Riyadh disambut wakil Perhubungan Antarabangsa MWL Mohammed bin Said Al-Majdouie.
Zulkifli dijangka mengadakan pertemuan dengan Gabenor Madinah Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas jemputan istana.
Beliau juga dijangka mengadakan program ramah mesra bersama pelajar di Universiti Islam Madinah sebelum berangkat ke Makkah.
Di Makkah, Zulkifli dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi Shaikh Abdullatif Abdulaziz Aal Al Shaikh serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Issam bin Saad bin Saeed.
Lawatan yang bermula Jumaat lalu hingga 18 April ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah sebagaimana yang dimeterai dalam memorandum persefahaman hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.
Zulkifli sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung MWL Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa bagi meneruskan kerjasama hal ehwal Islam dan pertukaran kepakaran dalam menangani isu ancaman ekstremisme dan fahaman kegan4san.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber Trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment