
Dalam satu perkongsian rasmi di laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini, baginda telah perkenan menamakan cucu perempuannya sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.
Pengumuman rasmi itu telah dibuat oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Sultan Ibrahim serta beberapa lagi laman sosial rasmi kerajaan negeri Johor.
Menerusi pengumuman itu, puteri serta waris Tunku Mahkota Johor yang keempat ini dimaklumkan telah diputerakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 21 April 2021(Rabu).
Pasangan diraja itu meluahkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata keempat dan sempat berkongsi gambar keluarga bersama puteri yang baru diputerakan semalam.
Justeru itu, media sosial TMJ dan Che Puan Khaleeda telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet dan kesemuanya mendoakan agar keluarga baginda terus diberi kesejahteraan yang baik sepanjang masa.
Antara komen-komen,
Alhamdulillah Tahniah Tuanku dan Permasuri serta Tunku Ismail dan Che Puan Besar diatas kelahiran Puteri tercinta…
Merafak sembah tahniah buat seluruh kerabat diraja Johor..
It shall be written in English and Chinese too. We are bangsa Johor. Becoz there are some are not capable to understand malay but we love to know anything about each other
Alhamdulillah..semoga membesar dengan sihat dan menjadi seorang puteri yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga,agama dan bangsa..aamiin..
Tahniah Tuanku n TMJ. Nme panjang beno. Nti nme panggilan nye pendek je. Panggil ape agak nye ye?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Sumber: Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim, HRHJohorII, ymchepuankhaleeda (foto) / RJ
Be the first to comment