
SEKALI imbas, raut wajahnya kelihatan persis seorang gadis Melayu.
Jika diamati, mungkin ramai yang meneka gadis ini berasal dari Borneo, berketurunan Tionghua ataupun mempunyai darah kacukan dari Filipina.
Itulah reaksi yang sering diterima oleh gadis bernama Kartiana Aziz apabila pertama kali bersua muka dengan orang yang tidak dikenalinya.
Namun siapa sangka, gadis berambut ikal mayang dan berkulit cerah ini sebenarnya berketurunan Orang Asli dari suku Temuan.
Berkongsi cerita dengan mStar, Kartiana berkata dia merupakan anak jati Orang Asli dari Negeri Sembilan.
Kartiana sering kali disalaherti sebagai gadis Melayu atau berasal dari Borneo.
“Saya berasal dari Kampung Belihoi, Seremban. Sebenarnya ibu dan bapa saya tiada kacukan, tapi datuk iaitu ayah kepada ibu saya berketurunan Melayu.
“Memang kalau pergi mana-mana, orang akan ingat saya gadis Melayu, Cina, dari Sabah atau Sarawak. Yang ingat saya gadis Filipina pun ada. Bila beritahu saya gadis Orang Asli, mereka tak percaya melainkan selepas melihat sendiri kad pengenalan.
“Kalau saya berjalan bersama adik-adik sepupu, lagilah orang tak percaya sebab raut wajah yang hampir sama dan berkulit cerah,” ujar gadis berusia 22 tahun ini.
Fasih berbahasa Melayu, gadis ini mendapat perhatian ramai selepas dia memuat naik beberapa video mengenai asal usul dirinya dan budaya suku Temuan.
Sepupu Kartiana turut mempunyai kulit cerah dan mempunyai iras wajah sepertinya.
“Saya baru saja buat akaun TikTok selepas lihat adik sepupu buat. Jadi saya fikir mengapa tidak saya gunakan medium TikTok untuk perkenalkan diri dan serba sedikit mengenai kaum kami. Idea untuk buat content tersebut secara spontan sahaja.
“Mesej yang saya cuba sampaikan menerusi video-video tersebut selain nak memperkenalkan mengenai suku Temuan, saya juga mahu ubah persepsi masyarakat luar terhadap Orang Asli.
“Lazimnya ramai yang stereotaip apabila sebut Orang Asli… mereka akan fikir mengenai rambut kerinting, bau busuk, berkulit gelap, mundur dan macam-macam yang kurang enak. Jadi saya mahu tukarkan persepsi negatif kepada positif,” ujar graduan jurusan pelancongan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini lagi.
Tambah anak bongsu daripada dua beradik ini, dia sedikit pun tidak berasa malu malah bangga dengan asal usul serta budaya kaum sendiri.
Kartiana mengenakan pakaian tradisi suku Temuan.
“Saya berani ke depan sebab saya nak ubah mindset orang mengenai Orang Asli. Dulu masa sekolah, saya pernah jadi mangsa buli jadi saya tak mahu adik-adik sebangsa saya terima nasib yang sama.
“Tak sangka pula dapat jumlah tontonan yang banyak. Biasalah, dalam ramai-ramai yang komen positif, pasti terselit juga komen negatif. Tapi melihat sambutan yang menggalakkan ini, saya bersemangat nak buat content mengenai Orang Asli lagi.
“Apa yang boleh saya katakan, usahlah hakimi orang lain… jangan anggap Orang Asli ni tinggal di hutan saja. Ubahlah cara pemikiran dan sebarkan perkara positif,” katanya lagi.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Salamulaikum saya nak berkenalan boleh