“Truly, Aku Tak Suka Tengok Balik, Tak Gamak..,” – Cabaran Anak Autisme, Ramai Sebak Bila Fynn Jamal Luahkan Perasaan

Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.

Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.

Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.

Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.

Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.

Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.

“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.

“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.

“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.

“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.

“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.

“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.

Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.

“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau; my family comes first.

“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.

“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.

“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.

“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.

Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.

Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu.

Antara komen komen netizen,

jozlynnhanania – Hanya doa yg mampu kami kirimkan.. moga segala pengorbanan di dunia menjadi saksi di akhirat kelak..❤️

almynadiaofficial – Kak fyn.. ??? kuatnya kak fyn.. semoga allah permudahkan urusan kak fyn na @fynnjamal

rarrasakura – Menangis sy tgk dia twrdiam tgk maknya menangis.. juna pun faham. Ya allah sembuhkan la juna. Semoga kak fyn tabah. Insyaallah sabar tu syurga ganjarannya

skii_world_sarah – Bila sy rasa beban masalah sy besar. Sy akn ingat org lain lebih hebat ujian. Terasa ringan masalah yg ada. Allahuakbar.. Moga pengakhiran kita baik2 je. Allah syg…

wd_ciktipah – Ya Allah air mata aku gugur tak tertahann, tengok juna peluk mommy lepas die dah lepuk mommy die? nampak muka dia tunduk kesal tapi how? Dia sendiri tak dapat control himself,aku masih terbayang baby juna dekat kazas dulu yang rambut cendawan yg senyum die buat org melting? sekarang nampak juna dah besar 9 tahun kan? Juna awak datang dari syurga buat peneman mommy daddy and for sure awak kembali ke syurga sambil pimpin tangan mommy daddy kan, im still crying

effa727 – I’m with u sis. I have a 5 year old autistic daughter. There are times I feel like I’m a failure, a bad mother and a loser. There are times I compare her to her cousins and friends her age yg ‘normal’. There are times I ask myself what’s my sin sampai anak ku autism. I’m sorry I’m only human. But then, when I see strong mothers like u, puan Zarina and others, I I know I am actually blessed to have her in my life. Allahuakbar.

izyan_az_iskandar – Anak yg normal menangis buat perangai tantrum pun sy dh meltdown mcm stress ntah apa2.. tp kakfynn dgn juna, Allahuakbar.. thanks for sharing kakfynn, thank you. the place are ready for you in jannah with juna inshaAllah ???

eja.djamasisja – ? sesungguhnya ujian kepada setiap manusia ni berbeza. Semoga kau terus kuat @fynnjamal. Allah tak hantar Juna pada kau xde reason. Aku (yg Ada anak ASD ) ni perlukan kekuatan kau utk diri aku sama.

Foto: Instagram Fynn Jamal

1 Trackback / Pingback

  1. (video) Luah Perasaan Cabaran Jaga Anak Autisme, Ramai Sebak dan berikan Kata2 Semangat buat Fynn - Kalam indah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*