Dia Kena Saman Rm50ribu Kerana Jual Burger Depan Rumah. Netizen Dedahkan Sebab Kenapa Dia Disaman

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat saman yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak polis.

Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan kompaun dengan kadar yang begitu banyak.

Dugaan bulan Ramadan

Menerusi surat saman yang ditulis pada 2321 (11.30 malam), menunjukkan lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM50k.

Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Status yang ditulisnya di laman Facebook, mendakwa dia dikenakan kompaun berikutan berniaga di depan rumah sewaktu polis datang ke rumahnya pada jam 11 (tidak dinyatakan pagi ataupun malam) .

Alahai dugaan bulan puasa, niaga burger depan tangga rumah pukul 11 lebih polis mari. Niaga burger kena kompaun 50k. Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah ada hikmah di sebalik kejadian niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan ja.

Respon netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat masing-masing ada yang menyatakan lelaki berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan. Bagaimanapun, tiada info lanjut di sebalik kejadiaan berkenaan.

Sumber: Faisal Burger via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*