
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilaksanakan di beberapa negeri mulai esok, demikian menurut sumber.
Negeri-negeri yang tertakluk kepada perintah tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Menurut sumber, PKP yang baharu itu hampir menyamai PKP 2.0 yang dilaksanakan pada Januari lalu di beberapa negeri yang menyaksikan penutupan sekolah serta larangan mengadakan aktiviti sosial dan keagamaan, melainkan kegiatan ekonomi.
Difahamkan, di bawah pelaksaan PKP 3.0, orang ramai tidak lagi dibenarkan menikmati makanan di retoran dan kemungkinan penutupan bazar Ramadan.
Sumber juga memberitahu, kerajaan meneliti pelaksaan PKP 3.0 memandangkan ia bakal mempengaruhi Aidilfitri dan juga operasi bazar Ramadan yang dibenarkan sebelum ini.
Sumber memberitahu, pengumuman mengenai PKP 3.0 dijangka dilakukan pada hari ini.
“PKP di lima daerah di Kedah semalam adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara pada Jumaat. Tetapi kami memutuskan untuk melaksanakannya di Kedah lebih awal kerana keadaannya membimbangkan,” katanya.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.
Ujarnya, penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.
Ujar Muhyiddin, kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.
Menurutnya, premis-premis yang berkenaan akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar individu positif Covid-19.
“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 secara bersasar,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Nilai semula pelaksanaan PKP – Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif C0VID-19 secara mend4dak.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata penilaian semula ini penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan C0VID-19 yang sedang meningkat di negara ini dan seluruh dunia.
“Kerajaan sudah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan C0VID-19.
“Premis berkenaan akan diarah tutup jika dikesan sudah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif C0VID-19. Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan C0VID-19 secara bersasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Melalui sistem ini, Perdana Menteri berkata, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.
“Jadinya, kita meminta orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan C0VID-19,” katanya.
Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah ledakan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.
Penggunaannya sebelum ini sudah dilaksana bagi arahan penutupan sebanyak 22 daripada 1,073 bazar Ramadan yang sedang beroperasi di seluruh negara ketika ini, selepas dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penularan jangkitan C0VID-19.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya semalam memaklumkan penutupan operasi itu membabitkan lapan bazar Ramadan di Pulau Pinang, Johor (empat), Kedah (tiga), Perak (satu) manakala masing-masing dua di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur, bagi membolehkan kerja sanitasi dan memperkemas semula prosedur operasi standard (SOP) dilakukan.
Sejak pertengahan bulan lalu juga, kerajaan sudah mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di semenanjung selepas kawasan itu mencatatkan trend peningkatan kes membimbangkan termasuk di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.
Selain itu, lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim juga dilaksana PKP yang bermula hari ini sementara seluruh daerah Raub, Pahang, sejak semalam.
Kerajaan tidak bercadang laksana PKP menyeluruh – Muhyiddin
Melalui laporan bulan lepas, Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang menjadi kawasan dengan peningkatan mendadak kes penularan pandemik.
“PKP bersasar hanya untuk memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalannya, Datuk Lim Ban Hong.
Muhyiddin berkata, beliau memberi jaminan kerajaan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan C0VID-19.
Katanya, kerajaan akan melakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.
“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP,” katanya.
Menuju ke hadapan, Perdana Menteri berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wabak kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .
Artikel ini dipetik dari MSTAR ONLINE yang diterbitkan pada Ahad, 02 Mei 2021 12:25 PM
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment