Pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup mengikut SOP

Pelakon Sheera Iskandar menamatkan zaman janda apabila memilih anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani sebagai teman hidupnya pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah lokasi acara di ibu kota, petang Isnin.

Menurut laporan mStar Online, pasangan tersebut dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Shera nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis berkenaan diadakan secara tertutup yang dihadiri kira-kira 70 tetamu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berkongsi cerita mengenai detik pertemuan mereka, pelakon berusia 36 tahun itu mula mengenali suaminya ketika menjayakan penggambaraan drama bersiri Gerak Khas, dua tahun lalu.

Sebelum ini, Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, namun bercerai tiga tahun selepas itu.

Meninjau ke laman Instagram, rakan artis seperti Abby Abadi dan Salina Saibi selain penerbit drama Gerak Khas iaitu Datuk Yusof Haslam serta isteri Datin Fatimah Ismail turut hadir bagi meraikan pasangan tersebut.

Sedikit info mengenai Sheera,

YM Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra atau juga dikenali sebagai Sheera Iskandar (lahir 18 April 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Sheera merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Putra Bin YBM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) ibni YBM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Namanya melonjak naik selepas berlakon drama bersiri Janji Diana. Bakat beliau dicungkil oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Hanez Suraya.

Sheera Iskandar sudah temui pengganti

Sheera dilahirkan sebagai Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar pada 18 April 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada pelakon Aznah Hamid dan YM Tengku Iskandar Bin YBM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) Bin YBM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2004 setelah bakatnya dicungkil oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil. Di bawah didikkan Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sheera membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Bicara Hati bersama Nur Fazura dan Hanez Suraya. Filem inilah yang melancarkan kerjaya lakonan beliau serta Fazura dan Hanez.

Pada tahun yang sama, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar kaca menerusi drama Sembilu Kasih arahan Datuk Yusof Haslam dan seterusnya muncul dalam drama Janji Diana yang diadaptasi daripada filem 2002 dengan judul sama lakonan Erra Fazira, juga arahan Yusof. Pada 2005, beliau berlakon dalam dua filem — filem aksi KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi yang merupakan prekuel dari filem KL Menjerit dan filem drama romantik Sembilu 2005.

Antara 2009 dan 2011, Sheera berlakon dalam siri drama Si Capik yang mana beliau memegang watak sebagai Syerin, isteri kepada Reza lakonan Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach X-Factor. Drama ini turut dibintangi oleh Erry Putra, Hetty Sarlene, ibunya Aznah Hamid, Fathil Dani, Raja Noor Baizura, Aziz Singah dan Riz Amin.

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: CALON SUAMI ANGGOTA POLIS - SHEERA ISKANDAR RANCANG NIKAH SEBELUM RAMADAN

Pada 2010, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi lakonannya sebagai Halimah, seorang gadis lurus bendul yang bergigi jongang dalam siri drama komedi, Halimah Jongang terbitan A. Aida Productions yang mana ia memerlukan beliau memakai gigi palsu demi watak Halimah.

Beliau kembali ke layar lebar pada 2011 menerusi dua filem terbitan Skop Productions – KL Gangster (sebagai Zati) dan Aku Bukan Tomboy (sebagai gadis pengkid bernama Bell), kedua-duanya arahan Syamsul Yusof. Sheera kembali melakonkan watak Zati dalam KL Gangster 2 pada 2013.

Sumber: mStar Online (Juliana Johar) , Instagram Abby Abadi & Salina Saibi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*