Punca Neelofa Kantoi Dikatakan Rentas Negeri Rupanya Kerana Perbualan `Boss Carpet` Ini Yang Sempat Di Tangkap Layar Netizen

Kuala Lumpur: Pengacara dan usahawan wanita kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila didakwa memuat naik video menunjukkan seolah-olah berada di sebuah kedai karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Video yang berdurasi 15 saat dipercayai dirakamkan oleh Neelofa itu merakamkan seorang lelaki dikatakan ‘bos Naeem Carpet’ sambil seperti mempromosikan kedai berkenaan: ( Rakaman penuh video ada di bawah artikel)

Suara dipercayai Neelofa: Bos yang cukup baik ni…

Lelaki pekedai: Terima kasih banyak

Suara dipercayai Neelofa: Datang dekat aaa

Suara dipercayai Neelofa: Di mana?

Lelaki pekedai: Di Nilai 3, Johor, di Jalan Setapak, Brunei… Alhamdulillah

TANGKAP layar perbualan dipercayai Neelofa bersama dikatakan 'bos Naeem Carpet. FOTO tangkap layar video tular di media sosial

Beberapa pengguna laman sosial Twitter mendakwa melihat Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz berada di Nilai, Negeri Sembilan.

Namun hasil carian mendapati video itu sudah dipadamkan selebriti itu di Instastory akaun Instagram miliknya.

Begitu pun, ia masih trending hingga menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial yang mempertikaikan ‘kebolehan’ selebriti berusia 32 tahun itu merentas negeri.

Telahan itu berdasarkan dua posting Neelofa sendiri di ruangan Instastory pada petang Ahad.

Hasil siasatan netizen, rata-rata yakin kedai karpet yang dikunjungi Neelofa itu terletak di Nilai 3 sungguhpun terdapat cawangan lain di Setapak, Kuala Lumpur selain Johor dan Brunei.

“Tak serik-serik. Best jadi kayangan. Buka kedai karpet pula ke?

“Tolong la husnuzon dengan Neelofa ni. Dia pergi sana singgah je kat kedai tu. Rentas negeri maybe sebab nak buka kedai air baru kat situ.

“Nilai 3 baru diumumkan sebahagian daripada Lembah Klang #donebackup,” demikian komen dan sindiran netizen di Twitter berhubung isu berkenaan.

Menerusi pemerhatian mStar, Neelofa bagaimanapun sudah memadam video seorang lelaki dipercayai pemilik kedai karpet tersebut yang sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai 3.

Tindakan memadam posting berkenaan lebih mengundang pertikaian netizen sekiranya Neelofa dan suaminya tidak melakukan kesalahan seperti didakwa.

Sebelum ini Neelofa pernah memohon maaf secara terbuka dan mengakui tidak sensitif isu semasa khususnya berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinannya serta kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama suami PU Riz, 26.

Neelofa, suami dan keluarga kemudian dikenakan kom.paun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang keseluruhannya berjumlah RM60,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata, kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah mereka berlangsung.

Dalam kenyataan media 27 April lalu itu, Mohamad Zainal turut dilaporkan berkata, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Video:

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*