
Kajang: Polis giat mengesan sekumpulan individu yang memu.kul seorang lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial, malam tadi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di No 28, Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dimulakan sebaik rakaman video yang tular itu sampai ke pengetahuan pasukan Bahagian Ma.ksiat, Ju.di dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.
“Siasatan awal dijalankan selepas dipercayai tempat kejadian itu berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Kajang.
“Hasil siasatan awal, seorang lelaki dipercayai warga asing dipu.kul sekumpulan lelaki Melayu dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, perlakuan suspek adalah satu tindakan yang mengganggu gugat serta mendatangkan keka.cauan kepada ketenteraman awam berikutan kejadian itu berlaku di kawasan awam yang terbuka.
“Hasil penelitian ke atas video ini juga mendapati, kumpulan suspek itu juga melang.gar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.
“Sehubungan itu, pihak IPD Kajang membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Kesek.saan (merusuh) dan jikadisabitkan kesalahan, boleh dihu.kum pen.jara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjang.kit 1988.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.
Terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki menge.pung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.
Menerusi video berdurasi seminit 54 saat itu, seorang suspek memu.kul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek melakukan tindakan sama.
Beberapa hantaran di Facebook (FB) mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit.
Dalam pada itu Yusuf Azmi tampil dalam satu video memperbetulkan kenyataan media dakwaan beliau sedang dibvru.
Menurut Azmi, kenyataan tersebut tidak tepat kerana beliau tidak pernah melarikan diri dan berdedia memberi kerjasama kepada pihak p0lis
Yusuf Azmi juga dalam perjalanan menuju ke IPD Kajang untuk rakaman percakapan
Susulan kes berkenaan seorang warga bangladesh di Tampar..
Saya difahamkan Pihak Polis IPD Kajang membu.ru saya..
Saya ada sahaja di sini dan dalam perjalanan ke IPD Kajang..
Rakan Rakan media harus memberikan berita yang jelas
Cerita yang tular terdahulunya,
Yusof Azmi Lempang Warga Bangladesh Dan Dirakam Dalam Video Buat Ramai Marah, Tak Sangka Ini Punca Dia Lempang
Sejak kelmarin pihak Semboyan Malaysia telah menerima berita bahawa baju Tshirt Semboyan Jihad yang dikeluarkan oleh Semboyan Malaysia sendiri telah di CETAK R.OMPAK.
Perkara ini disedari oleh pihak Semboyan Malaysia selepas ramai yang mengadu apabila mereka mendapat baju yang mereka telah beli tidak mencapai kualiti yang memuaskan.
Sudahlah dicetak r.ompak, harga yang ditawarkan sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM 5 dan RM 10 sahaja. Lebih memedihkan lagi, apabila penjual tersebut memancin’ untuk menyuruh membeli dengan k.uantiti yang banyak.
Kami pihak Semboyan Malaysia dapat berjumpa dengan penjual ini selepas meny.amar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai.
Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang Ali betul betul m.arah adalah kerana diawal pertemuan itu s.uspek sudah m.enipu dengan mengatakan dia bukan penjual.
Apabila di telefon nombor penjual baju itu, telefon s.uspek yang berbunyi.
Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain terc.abar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan r.eject p.roduk Semboyan Malaysia.
Mungkin perkara ini dilihat k.asar disudut mata orang lain, namun Yusuf Azmi sendiri bert.indak sedemikian kerana beliau tidak mahu orang ketiga yang mer.osakkan nama beliau dan Semboyan sendiri.
Anda cuba bayangkan kami hanya menempah sebanyak 600 helai pada harga RM 10 ringgit. Dia boleh untung secara ‘ATAS ANGIN SEBANYAK RM 6000 dengan hanya menjual T-shirt Semboyan Jihad yang telah di r.eject.
Komen Netizen
Harap PDRM kutip gangster2 ni..Sampah masyarakat…
Geng Kaki pukul begini patut dihukum penjara 20 tahun… Tiada hak untuk pukul walaupun orang itu bersalah…
time agak boss cina tu hri. uihh bkn main “bincang baik2” blg. skli ni?? rm5 terus d tmpr #DILARANGMISKIN
Bangla tu pow 5 hinggit ko org siku kepala dia.. Pe lahhhh siku kepala haram jadah yang duk pow berbillion tu… Ini dah mcm jadi samseng taik kucing dah..
Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagi u.mpan dan menyakinkan m.angsa untuk diti.pu.
Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan meng.amuk kerana tidak mahu imej b.randing Semboyan Malaysia dan bisness kedai print milik En Sabri Leman terc.alar angkara perb.uatan yang boleh dikatakan satu pen.ipuan ini.
Kami juga disini memohon maaf andai mengguris perasaan anda dibulan yang mulia ini.
Yang baik itu datang dari Allah, yang b.uruk itu dari saya. Semoga perkara ini boleh dijadikan satu tauladan buat semua. InsyaAllah
Kredit : YusofAzmiFB/HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment