
Tindakan seorang ibu memuat naik video yang menunjukkan dirinya meny.uap ro.kok elektronik atau va.pe kepada anaknya yang berusia lingkungan 2 tahun, mengundang kemar.ahan netizen di media sosial.
Klip video berdurasi 12 saat itu menunjukkan, man.gsa yang sedang menonton video animasi kanak-kanak di telefon bimbit disuap dengan va.pe sebanyak dua kali dan pada sedutan kali kedua jelas menunjukkan anak kecil itu terasa keperitan yang tidak terkata di bahagian saluran pernafasannya.
Difahamkan, video itu dimuat naik di Instastory ibunya dengan kapsyen, “Ada bapak jadi bodoh”. Walaupun sedar dikecam oleh netizen, wanita terbabit menegaskan dia bebas memuat naik apa saja dan sekiranya ada yang tidak menggemari perkongsiannya itu boleh berhenti mengikutinya.
“Kelam kabut masing-masing ya. Suka hati akulah nak post apa. Kalau rasa semak, jangan follow aku. Tak follow pun sebuk komen-komen dekat gambar aku. Anak aku, suka hati aku. Aku yang jaga dia, bodoh!” tulisnya di Instastory.
Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, wanita itu tampil menggesa orang ramai berhenti menyebarkan video tersebut yang telah membuatkan dirinya tertekan.
“Stress aku. Cukup-cukuplah viralkan (video itu). Tak tahu pula boleh sampai jadi macam ni. Aku tahu aku silap di situ. Kalau aku nak bu.nuh anak aku, dari dia baby lagi aku dah buang. Tu saja buat video je. Harap maafkan aku. Dahlah viralkan video tu, aku stress!
“Salah satu, semua orang nampak sampai viral. Korang tak nampak ibu sendiri dia jaga macam mana. Video hanya saja-saja, tak tahu sampai viral dikecam macam ni sekali.
“Bukan nak de.ra dia ke apa. Aku tahu dekat situ salah aku. Aku minta maaf. Korang viral kes jadi besar. Korang boleh fikir kalu jadi apa-apa dekat aku, Anaqi masih menyusu badan,” katanya.
Di ruangan komen, netizen berpendapat kesalahan sebegini tidak boleh dibiarkan kerana perbuatan itu boleh memudaratkan anaknya.
“Kena report ni. Dia yang rakam, yang dia tak rakam? Mentang-mentang kat hospital bayar RM1, itu nilai nyawa anak dia eh?” kata Syaidatul.
“Lain macam cara bergurau mak kau ni dik. Hari ini dia bergurau bagi anak hisap vape, pastu busted dekat orang baru pandai minta maaf. Esok lusa apa pula nak diguraukan. Itu pun kalau viral lagi, mungkin dia sedarlah sekejap.
“Bukan nak pisahkan mak dengan anak, tetapi kalau dah macam ni cara gurau, harap Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil tindakan sewajarnyalah,” kata Huda.
“Selamba je bagi anak hisap vape. Otak kau penuh asap tak apa, jangan anak sekecil itu yang tak tahu apa-apa kau sumbat mulut dia dengan vape. Buat bahan gurau? Fikir kesihatan anak, jangan fikir nak seronok-seronok saja.
“Selalu nampak video-video macam ni dari seberang, rupanya kat Malaysia. Terkedu aku! Aku paling geram orang guna budak-budak yang tak tahu apa-apa untuk dijadikan bahan lawak bodoh merepek-repek macam ni. Macam sempit sangat otak mak paknya,” kata Nur Idayu.
Video,
Bapa minta maaf
Pelbagai maki hamun telah diterima sehingga bapa kanak-kanak tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar dengan memaklumkan mereka sekadar bergurau sahaja.
Dia juga memohon maaf diatas kesilapannya mendidik anak sehingga dikecam hebat netizen.
Sedar isteri tak kuat terima keca.man
Dalam pada itu, bapa muda terbabit juga meminta orang ramai tidak terus mengecam isterinya kerana sedar bahawa wanita itu tidak kuat menerima sebarang maki hamun daripada netizen.
Polis dah tahu
Selain daripada itu, menerusi Facebook Ryan NasT’Anger, laporan polis telah dibuat oleh seseorang dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Apa guna mak bapak laaa
Walau bagaimanapun, diruangan Facebook bapa kanak-kanak berkenaan, kecam.an-keca.man daripada netizen masih lagi diterima.
Masing-masing berasa geram melihat video tersebut dan sikap ibu bapa yang menjadikan hal berkenaan satu gurauan serta dengan sengaja memuat naiknya di media sosial.
Setakat ini belum ada sebarang maklum balas dari pihak polis dan pihak yang melaporkan. Semoga kejadian seperti ini menjadi ikhtibar kepada ibu bapa dalam bergurau dengan anak-anak lebih-lebih lagi jika ia dimuat naik ke media sosial.
Sumber: FB Ryan NasT’Angler
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment