
Dianggarkan 40,000 permohonan rentas negeri diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap hujung minggu.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuasa memberi kebenaran rentas negeri sudah diberikan sepenuhnya kepada PDRM untuk membuat pertimbangan.
Katanya, tiada keistimewaan dan pengecualian diberikan kepada sesiapa saja termasuk selebriti atau orang ternama untuk mendapat kebenaran merentas negeri.
“Kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan seperti sakit, kematian atau kerja namun perlu mengisi borang.
“Kesahihan alasan untuk rentas negeri menyebabkan sesetengah permohonan tidak dibenarkan polis,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
WARTAWAN BERI SATU SOALAN CEPU EMAS KEPADA MENTERI
Sejak kebelakangan ini timbul pertikaian dalam kalangan masyarakat apabila individu terkenal seperti selebriti dan orang ternama diberi pelepasan merentas negeri.
Ia menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang menganggap arahan itu hanya tertakluk kepada rakyat biasa bukan golongan ‘kayangan’ seperti selebriti yang mendapat keistimewaan.
‘PERGI MELAKA MEMBELI CINCAU’
Ketika sidang media MKN salah seorang wartawan yang berada di sana telah mengutarakan satu soalan berkenaan orang kenamaan atau selebriti yang merentas negeri.
Apa yang membuat rakyat tercuit hati adalah satu pantun yang sejak dua menjak ini menjadi satu ayat tular.
CINCAU, satu makanan yang biasa diletakkan di dalam minuman selalu disebut netizen. Pantun tersebut ada sambungannya tetapi tidak dapatlah untuk kami habiskan.
Dato Seri Ismail Sabri seperti mengetahui pantun tersebut dan hanya memberi ketawa kecil.
Jom tengok video wartawan ini bagi perumpamaan menggunakan CINCAU
Tak sangka Menteri Ismail Sabri tergelak sedikit.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan SOP bekerja dari rumah untuk kakitangan awam manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti) bagi kakitangan swasta.
“Keputusan berhubung operasi kakitangan awam dan swasta bekerja dari rumah akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.
VIDEO SIDANG MEDIA PENUH:
6 daerah di Selangor kena PKP
KUALA LUMPUR: Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.
Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, semua aktiviti ekonomi masih dibenarkan di enam kawasan berkenaan dengan pelaksanaan SOP yang ketat manakala aktiviti sosial tidak dibenarkan.
Katanya, premis makanan seperti restoran, ‘food truck’, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam sahaja manakala kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 10 malam.
“Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10 malam tetapi stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.
“Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa manakala operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 2 petang.
“Aktiviti bazar Ramadan akan diputuskan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di enam daerah ini termasuk mengetahui apa yang boleh dilaksanakan dan dilarang sepanjang PKP, orang ramai boleh mengakses laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my
Beliau menjelaskan bagi memastikan tiada kekeliruan, segala keputusan dan pengumuman pelaksanaan PKP di mana-mana kawasan atau negeri akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan selepas ia diputuskan dalam sidang mesyuarat MKN.
Katanya, MKN memutuskan PKP selepas meneliti pembentangan Kerajaan Selangor serta merujuk kepada KKM dan data sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi sejak 20 April sehingga 4 Mei 2021,” katanya
Kredit: Harian Metro
Olahan: AwatttSyeikhh Network
Be the first to comment