
Kuala Lumpur: Menegur seorang lelaki yang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal.
Itulah punca kejadian pelawak dan pelakon popular, Lan Pet Pet, 52, memu.kul seorang lelaki penghantar makanan seperti dalam video yang tular sejak kelmarin.
Lan berkata, sebelum kejadian dia yang memandu di Jalan Ampang, iaitu lokasi di hadapan Kedutaan Russia ternampak penghantar makanan terbabit yang sedang menunggang motosikal menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.
Memikirkan perbuatan lelaki terbabit mendatangkan bah.aya bukan saja kepada dirinya tetapi juga pengguna jalan raya yang lain, Lan menghampirinya dan bersemuka.
“Saya menegurnya. Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan saja boleh mengan.cam nyawa.nya, malah pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan saja apabila diser.ang.
“Tindakan saya hanya untuk mempert.ahankan diri, bukan tunjuk sam.seng. Kami hanya berga.duh dalam beberapa saat saja,” katanya.
Terdahulu, rakaman video Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad memu.kul seorang lelaki yang juga penghantar makanan tular dan menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa anggota kumpulan Senario itu melakukan ke.kerasan terhadap lelaki penghantar makanan itu.
Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan, tetapi cuba ditenangkan beberapa tiga lelaki lain. Di hujung video, Lan juga melemparkan kata-kata berbaur amaran kepada lelaki itu.
Lan berkata, dia sudah membuat laporan polis semalam berhubung insiden perga.duhan berkenaan.
Katanya, dia juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.
“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.
“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fit.nah,” katanya.
Lan berkata, dia akan bertemu dengan lelaki penghantar makanan itu hari ini.
“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami. Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” katanya.
Terdahulu semalam,
‘Tahu Tak Aku Siapa?’, Rakaman Video Abang Lan PetPet Naik Tngan Dekat Penunggang Mot0r
Mazlan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet ialah seorang pelawak, penyanyi, pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau ialah anggota kumpulan Senario.
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1990-an.
Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario.
Video pelawak popular, Lan Pet Pet mem.ukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi.
Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan mem.ukul kepalanya.
Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus mem.ukul lelaki itu dalam keja.dian yang berlaku di tepi jalan raya itu.
Dalam keadaan m arah, Lan turut menjerkah lelaki itu dengan kata-kata berbaur a.maran, ‘hang duduk Tropicana nak tunjuk s.amseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi keja.dian itu.
Sementara itu, usaha menghubungi Lan bagi mendapatkan reaksinya mengenai keja.dian itu buat masa ini tidak berjaya.
Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, menc.etuskan kegemparan ramai apabila mem.ukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.
Dia didenda RM 2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas meng aku bers.alah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.
Rmai tertanya2 punca Lan PetPet Mngamok. Saiful Apek Mula Bersuara
Pelawak dan pelakon Saiful Apek mengakui tidak tahu menahu mengenai kontroversi melibatkan rakan baiknya, Lan Pet Pet yang tular sehinggalah diberitahu oleh pihak lain.
Apek berkata, dia juga tidak menghubungi sahabatnya itu untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut.
“Saya tahu mengenai cerita tersebut pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi dia sebab saya kenal sahabat saya.Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui.
Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatuh hukum’.Kami (Senario) ini dah macam ahli keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap,” katanya kepada Gempak.
Tambah Apek, sepanjang mengenali Lan Pet-Pet, sahabatnya itu bukan seorang yang panas baran atau cepat melenting.
“Mungkin ada sesuatu yang trigger dia bertindak di luar kawalan. Sebab saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh haters.Tetapi saya berjaya managed dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.
“Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri,” katanya.
Apek ditemui pada Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi malam tadi (Selasa).Pada malam Ahad lalu video Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial.
Kredit : HMetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment