“Perut tu cover sikit!” – Tayang baju seksi bulan puasa, netizen ‘sound’ Intan Najuwa

Sewaktu ramai netizen sedang mempertikaikan tentang selebriti Neelofa melanggar prosedur operasi standard (SOP), muncul pula kisah pelakon genit Intan Najuwa.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara pemakaiannya pada bulan Ramadan ini yang dikatakan seakan ‘tidak cukup kain’.

Bergaya ‘seksi’ di bulan puasa

Baru-baru ini, bintang drama Tak Sempurna Mencintaimu itu ada berkongsi sebuah video menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dalam video itu, kelihatan pelakon berusia 24 tahun itu memakai baju yang mendedahkan perut.

Selain itu, sebuah lagi perkongsian video memperlihatkan selebriti itu memakai dres dan seluar pendek turut diserang oleh para netizen yang rata-rata ‘menyekolahkan’ selebriti berkenaan.

Bulan puasa ni tutuplah sikit

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur Intan Najuwa kerana menganggap baju sebegitu tidak sesuai dipakai terutamanya di bulan puasa.

Doakan yang baik2 untuk dia

Cover perut tu Intan

Moga Intan tutup aurat

Nampak aurat tu

Cantik tak guna kalau tak tutup aurat

 

Terdahulu, Intan Najuwa pernah didakwa putus tunang gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu pelakon Zul Ariffin.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti berkenaan menepis tuduhan tersebut dan Intan menegaskan hubungan dengan bekas tunangnya berakhir tanpa melibatkan orang ketiga.

Trivia Intan Najuwa

Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan beliau juga telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak di dalam Kekasih Paksa Rela sebagai Hanan Khaira.

Beliau juga dikenali menerusi drama Setelah Ku Dimiliki bersama pelakon terkenal Zul Ariffin. Selain itu, sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.

Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya. Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.

Pada tahun 2019 beliau digandingkan dengan hero malaya Zul ariffin dalam drama Setelah ku dimiliki . Drama tersebut menarik minat dan perhatian ramai kerana keserasian mereka nampak seperti bukan dalam lakonan.

Beliau bertunang dengan seorang usahawan Razrul Anwar pada 18 Ogos 2019.[3] Pertunangan mereka berakhir pada 26 Februari 2020 kerana tiada persefahaman selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Instagram Intan Najuwa/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*