Simpati nasib anak perantau tak dapat balik kampung, wanita ini bakal beri rendang dan lemang percuma, begini cara dapatkan

MEMAHAMI kesedihan yang dirasai anak perantau kerana tidak dapat pulang berhari raya di kampung sempena Aidilfitri, seorang wanita terpanggil untuk sama-sama berkongsi ‘rezeki’ bagi menceriakan lebaran golongan berkenaan.

Tampil dengan idea yang dinamakan ‘projek rendang dan lemang’, wanita ini berhasrat mahu memberikan anak perantau sedikit juadah tradisi Aidilfitri itu buat mereka melepaskan rindu terhadap air tangan ibu tercinta.

Malah, wanita ini yang turut membuat hebahan di Twitter sama sekali tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.

“Siapa yang bujang dan tak dapat balik raya sebab tak boleh rentas negeri yang duduk di daerah Gombak, boleh DM saya alamat dan nombor telefon. Saya nak send rendang ayam dan lemang ke rumah awak awak semua malam raya nanti. Jangan malu. DM saja. Lots of love,” demikian ciapannya di Twitter.

Sehingga kini ciapan itu meraih sehingga 5,200 retweet selain dibanjiri dengan ratusan komen netizen yang rata-ratanya menyambut baik serta memuji inisiatif wanita berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rafiqah Umu Habibah berkata projek tersebut sebenarnya sudah dimulakan tahun lalu ketika umat Islam merayakan Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Umu membuat hebahan di Twitter dan tidak menyangka menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

“Kiranya, ini merupakan tahun kedua saya buat projek ini sebab kita masih beraya dalam suasana PKP.

“Tahun lalu, penghantaran dibuat sehingga ke Shah Alam dan Subang sebab masa tu tiada larangan rentas daerah. Jadi untuk tahun ini, memandangkan saya menetap di Selayang, terpaksa hadkan untuk mereka yang tinggal di daerah Gombak sahaja.

“Jujurnya, permintaan tahun lalu tak sebanyak tahun ini. Saya sendiri terkejut tengok ramai yang retweet dan dapat banyak sangat DM. Bila baca DM mereka, ada yang raya seorang, ada yang raya dengan housemate… cukup buatkan saya sedih.

“Memandangkan agak banyak permintaan, saya terpaksa hadkan jumlah dan minta maaf awal-awal kepada mana-mana yang tak sempat. Bukan apa, saya buat penghantaran malam raya saja. Takut nanti masa tak cukup dan terkejar-kejar,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Bila baca DM mereka, ada yang raya seorang, ada yang raya dengan housemate… cukup buatkan saya sedih.

Menurutnya yang senang disapa Umu, rendang ayam akan dimasak sendiri manakala lemang pula akan dibeli sebelum juadah itu dibungkus dalam pek individu.

“Semuanya dana sendiri dan saya rasa seronok dapat melakukan sesuatu untuk menggembirakan orang lain. Dekat DM yang saya terima, mereka kata sebenarnya boleh saja kalau nak beli sendiri.

“Tapi menurut mereka, ia lebih bermakna dan sangat dihargai apabila ada orang yang sudi masakkan dan hantarkan,” katanya sambil menambah, sehingga kini dia terpaksa hadkan kepada 40 pek terlebih dahulu.

Mendapat sokongan penuh daripada keluarga, Umu berkata dia sekadar melakukan ‘perkara kecil’ untuk cuba menggembirakan serta memberi sokongan kepada perantau.

“Dalam keadaan sekarang kena sokong antara satu sama lain khususnya dari segi mental. Saya di sini ada ibu dan ahli keluarga lain, saya dapat bayangkan kesedihan mereka yang terpaksa beraya tanpa keluarga.

“Saya berharap apa yang saya buat ni sedikit sebanyak dapat menggembirakan orang lain,” ujarnya lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Simpati nasib anak perantau tak dapat balik kampung, wanita ini bakal beri rendang dan lemang percuma, begini cara dapatkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*