
Bila dah kembali laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, sudah pastinya polis akan kembali bertugas di lokasi sekatan jalan raya (SJR) yang ditetapkan. Kalau nak lepas SJR, korang mestilah ada surat kebenaran dari polis atau MITI.
Namun dek kerana marah ditahan polis, seorang wanita telah memuat naik kata-kata kesat di laman Facebook berunsur ugutan hingga menyebabkan dia ditahan polis semalam.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, wanita yang bernama Diana Mat ini telah menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.
Antara yang ditulis wanita itu di akaun media sosialnya termasuklah ‘aku pusing balik aku rempuh korang’ dan ‘ kau dengan penjenayah sama je’.
Siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat telah tular beberapa tangkap layar (screenshot) di media sosial hantaran pengguna Facebook tersebut dengan menggunakan perkatan kesat dan berunsur ugutan kepada pihak polis,” katannya.
‘Diana Mat’ kemudian telah berjaya ditahan polis sekitar jam 9.00 malam semalam. Pihak polis juga telah merampas telefon bimbit milik wanita tersebut dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut di Facebooknya.
“Suspek akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan,” katanya lagi.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar).
Polis juga menasihatkan pengguna media sosial lain untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang mahupun jabatan.
Berhati-hatilah ye ketika meluahkan perasaan korang di Facebook. Jangan sampai keterlaluan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
SSUMBER
PKP 3.0: ‘Takde lagi ke perutusan khas?’, soal Najib
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal pakej rangsangan disediakan kerajaan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 sebagaimana yang diumumkan sebelum ini menerusi perutusan khas dibuat Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, simpanan dan rizab yang rakyat miliki hari ini semakin kehabisan selepas menghadapi PKP 1.0 dan 2.0 sebelum ini.
“Takde lagi ke Perutusan Khas? i-Lestari sudah tamat bulan Mac, permohonan i-Sinar nak tutup 30 Jun, manakala kebanyakan moratorium pinjaman bersasar juga akan tamat bulan depan. Simpanan dan rizab Rakyat juga semakin kehabisan setelah menghadapi PKP 1.0 dan PKP 2.0. Kini Rakyat nak hadapi PKP 3.0 dengan apa?,” katanya di Facebook.
Najib berkata, ketika PKP 1.0 antara pakej rangsangan diumumkan adalah PRIHATIN sebanyak RM250 bilion, PRIHATIN SME (RM10 bilion), PENJANA (RM35 bilion), Kita PRIHATIN (RM10 bilion) dan PERMAI (RM15 bilion).
“Pakej rangsangan PKP 2.0 ialah PEMERKASA berjumlah RM20 bilion. Pakej rangsangan PKP 3.0?.
“Sebab itu, saya dah banyak kali saran jika mahu buat PKP dan bendung Covid, buatlah dengan betul-betul untuk putuskan rantaian Covid-19 agar kita tidak bazir dan sia-siakan dana begitu besar yang telah dibelanja sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan dan rakyat kini tersepit akibat pelaksanaan PKP yang tidak ketat dan ‘separuh masak’.
“Tapi dibuat separuh masak. Dan kini mahu buat secara tiga suku mentah. Akibatnya, kerajaan dan Rakyat tersepit sekarang,” kata beliau.
Semalam, enam daerah di Selangor dikenakan PKP, manakala Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Johor serta Terengganu memulakan pelaksanaan PKP pada hari ini.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikhttps://www.two.e-kesah.com/2021/05/07/lepas-viral-posting-hiina-polis-sebab-roadblock-polis-berjaya-tahan-wanita-yang-cuba-tunjuk-hebat-di-media-sosial-itu/an seperti berikut:
Be the first to comment