Suhaimi Saad Bidas Ridhuan Tee Sebab Sekolahkan Siti Dan Back Up Siti Nurhaliza – “Nak Tibai Siti, Pastu Nak Bela Netizen Langau Ker Apa?”

Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad tampil membidas kenyataan pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang menasihati golongan selebriti untuk tidak memanipulasikan agama apabila berdepan sesuatu isu.

Tegas Suhaimi, Ridhuan tidak sepatutnya masuk campur mengulas mengenai kenyataan yang pernah ditulis artis terbabit sebaliknya memfokuskan kepada amalan lain yang lebih utama.

“Alaaaaahhh! Ustaz pun nak tumpang jugaaak. Tak payahlah nak campur, nak tambah perisa ustaz, patut ustaz fokus je pada amalan dan job yang lebih baik dan penting.

“Bukan cari pasal dengan isu yang tak ada kaitan dengan ustaz, buruk nampak perangai orang agama buat gitu,” tulisnya di Instagram berserta tangkap layar judul artikel yang disiarkan berdasarkan kenyataan Ridhuan semalam.

Suhaimi berpendirian, kenyataan yang ditulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini betul.

“Betullah apa yang Siti (Nurhaliza) tulis tu. Aku sokong Siti.

“Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan Ramadan ni Allah ganda gandakan.

“Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar.

“Takkan benda basic macam tu pun tak tau… kata ustaz,” tambahnya.

Justeru, Suhaimi menasihati Ridhuan agar tidak lagi mempolitikkan isu semasa berkaitan golongan artis untuk kepentingan sendiri.

“Tak payah nak burukkan keadaanlah ustaz. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustaz.

“Nak tibai Siti, pastu nak bela netizen-netizen langau ni ke apa?

“Patut ustaz tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.

“Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustaz. Stoplah politikkan semua benda, malu dekat Allah,” ujarnya.

Terdahulu tular kenyataan Siti yang ditulis di Instagram Stories beliau menyatakan sedang mengumpul pahala percuma berganda-ganda ketika berhadapan dugaan pada bulan Ramadan.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini?”, “Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat mengaut pahala berganda-ganda,” Kata-kata Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee memang padu

STATUS penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkaitan mengumpul pahala selepas dikecam netizen mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

Menerusi laman sosial Facebook, pendakwah tersebut mempersoalkan adakah kenyataan yang dibuat penyanyi itu dirujuk daripada mana-mana ustaz atau ahli agama.

Selain itu, Ridhuan meminta artis tersebut tidak menggunakan nama ustaz dalam menutup kesilapan yang dilakukan.

“Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?

“Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.

“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat mengaut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ridhuan turut mempersoalkan kehadiran beberapa ahli agama di majlis undangan artis tersebut yang disifatkan tidak perlu jika memudaratkan terutamanya ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.

Dia juga mengingatkan supaya menghentikan budaya mencari publisiti di laman sosial yang hanya akan menimbulkan masalah dalam masyarakat.

“Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.

Hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak

“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis. Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.

“Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?

“Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?” katanya.

Sebelum ini, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa tetamu undangan dibenar merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.

Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkii Mohamad Al-Bakri dan tiga penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain.

Berikutan itu, Siti mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya bagi mengelakkan kata-kata negatif dan perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

Dalam pada itu, polis telah merakam keterangan 10 individu termasuk penganjur majlis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Khamis berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Netizen kecewa Tokti luah rasa syukur dapat pahala percuma selepas dikecam isu majlis tahnik

PERKONGSIAN penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersyukur berpeluang mengumpul pahala disaat dirinya dikecam gara-gara majlis tahnik anak keduanya di Instagram mengundang kurang senang netizen.

Menerusi laman Twitter, seorang netizen mengakui dia berasa kecewa dengan tindakan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memuat naik status sedemikian.

“Aduh, kecewa gila Siti Nurhaliza buat perangai begini. Tak ada maknanya kumpul pahala percuma kalau sendiri buat hal bagi orang mengata. Tak payah yakin sangat malaikat setuju ya.

“Terus rasa nak unfollow saja mak Afiyah ni,” tulis individu tersebut.

Pada Selasa, penyanyi berusia 42 tahun itu berkongsi status di Instastory mengatakan dia berasa seronok kerana dapat mengumpul banyak pahala percuma ketika berdepan dengan dugaan pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ini, kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ni… kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

“Betullah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” kata Siti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Betullah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pula itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat beberapa tetamu undangan dibenar merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.

Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkii Mohamad Al-Bakri dan tiga penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain.

Berikutan itu, Siti mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya bagi mengelakkan kata-kata negatif dan perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

Netizen pertikaikan majlis tahnik anak kedua Siti.

Dalam pada itu, individu yang meluahkan rasa kesal terhadap Siti itu juga menerima kecaman netizen lain yang tidak setuju dengan status berkenaan.

Mereka turut meminta individu berkenaan berhenti membuat penilaian dan lebih banyakkan beramal di malam-malam akhir Ramadan.

“Silakan sis unfollow… tolong la tekan cepat button unfollow lepas itu screenshot ya beritahu semesta alam. Tak ada siapa kisah… mulut kena jaga ya sis Ramadan ini sis.

“Daripada kau sibuk menilai orang tak habis-habis, lebih baiklah beramal ibadat di malam yang ganjil ni,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, lapan individu termasuk penganjur majlis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber Mstar/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Suhaimi Saad Bidas Ridhuan Tee Sebab Sekolahkan Siti Dan Back Up Siti Nurhaliza – “Nak Tibai Siti, Pastu Nak Bela Netizen Langau Ker Apa?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*