Seluruh Malaysia tak dibenar rentas negeri, daerah mulai 10 Mei hingga 6 Jun ini, namun keputusan akan disemak semula nanti

PENINGKATAN kes Covid-19 membuatkan rakyat di negara ini risau khususnya apabila Hari Raya Aidilfitri akan diraikan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuatkuasa 10 Mei sehingga 6 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa aktiviti rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut.

“Semua aktiviti seperti aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam tidak dibenarkan.

“Turut tidak dibenarkan ialah aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta, ” katanya dalam satu kenyataan mengenai PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter di kawasan terbuka di kawasan PKP dibenarkan bagi tujuan kesihatan.

“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu, ” katanya. – Sinar Harian.

Be the first to comment on "Seluruh Malaysia tak dibenar rentas negeri, daerah mulai 10 Mei hingga 6 Jun ini, namun keputusan akan disemak semula nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*