Gadis Siam jelita imbas kenangan naik motor pusing kampung, siap kutip duit raya sampai banyak ni dia dapat

SELEPAS sebulan berpuasa, Syawal pertama menjadi hari yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Di negara kita, rakyat berbilang kaum dan agama turut sama meraikan kemeriahan lebaran yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dulu lagi.

Menurut Shaniena Natasya, 18, yang beragama Buddha, kehidupannya di Kangar, Perlis yang dikelilingi masyarakat Melayu menjadikan Hari Raya Aidilfitri cukup bermakna dalam hidupnya.

Mesra disapa Niena, personaliti media sosial berketurunan Siam itu juga mengakui lebaran adalah sambutan yang wajib diraikan oleh dia dan keluarga.

“Saya dari kecil tinggal di kampung yang penuh dengan orang Melayu beragama Islam.

“Sudah menjadi tradisi sejak kecil saya akan ikut sama beraya, pergi menziarahi rumah kawan-kawan.

“Kadang-kadang, kami lagi sibuk dari orang Islam yang meraikannya. Mama dan aunty saya pun ada buat biskut raya.

“Di rumah kami pun biasanya akan sediakan makanan. Saya paling suka lemang periuk kera dengan rendang serta biskut Almond London,” ujarnya kepada mStar.

Saya dah beli empat pasang baju untuk raya tahun ini.

Menurut Niena, sambutan raya sentiasa dinanti-nanti olehnya dan terlalu banyak kenangan yang terukir setiap kali ia diraikan saban tahun.

Selain juadah raya yang menyeronokkan, Niena juga tak terlepas mengutip duit raya dan membeli busana baharu untuk meraikan hari itu.

“Saya pun kutip duit raya. Paling banyak pernah dapat sampai RM300 masa zaman sekolah dulu.

“Itulah kenangan paling best, pusing kampung pergi kutip duit raya. Naik motor dengan kawan-kawan pergi beraya bersama.

“Keluarga saya juga sediakan duit raya untuk kanak-kanak yang datang. Antara kenangan lain sudah tentulah main mercun dan bunga api,” ujarnya yang juga seorang usahawan kosmetik sejak setahun lalu.

Untuk kali ini, Niena juga sudah membeli empat pasang baju baharu bagi meraikan lebaran.

“Saya dah beli empat pasang baju untuk raya tahun ini. Warna baby blue, purple, nude dan kuning.

“Sebenarnya memang setiap kali raya saya akan beli baju baharu. Biasanya baju kurung dan kebaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Niena sempat menitipkan pesanan buat rakan-rakan di luar sana agar terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam meraikan lebaran tahun ini.

“Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua. Jaga SOP, kita jaga kita.

“Disebabkan penularan Covid-19, saya hanya akan beraya di Perlis tahun ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Niena sebelum ini memiliki 1.1 juta pengikut di TikTok.

Namun, akaun TikTok miliknya disekat sehingga dia terpaksa membuka akaun baharu yang kini memiliki lebih 200,000 pengikut.

Baru 18 tahun, pendapatan cecah 6 angka

Minat mendalam terhadap bidang kecantikan mendorong anak kelahiran Perlis ini menjalankan perniagaan kosmetik sejak dua tahun lalu.

Percubaan Shaniena Natasya Ap Lop, 18, berhasil apabila produk penjagaan kulit keluarannya dikenali Omputeh diterima baik serta melayakkan dia meraih pendapatan bulanan enam angka iaitu antara RM200,000 hingga RM300,000.

Pemasaran hanya dilakukan secara dalam talian dari rumahnya di Kampung Guar Syed Alwi di sini, dan ia dimulakan sejak dia berusia 15 tahun lagi ketika dia menjinakkan diri dalam dunia peragaan secara sambilan bagi mencari duit poket persekolahannya.

“Selepas tidak lagi aktif sebagai model sambilan, saya cuba menjadi ejen dropship pula dengan bermodalkan wang RM70.

“Ketika itulah saya menimba banyak ilmu perniagaan dan tidak pernah terfikir yang saya akan menjadi usahawan seperti hari ini. Cuma keinginan untuk mencari duit sendiri memberi keyakinan kepada saya untuk terus berniaga,” katanya ketika dihubungi.

Membesar dalam keluarga yang menjalankan perniagaan, Shaniena Natasya berkata, dia lebih selesa berdikari dan sanggup menggunakan wang simpanannya sebagai modal permulaan untuk berniaga daripada meminta bantuan keluarga atau rakan terdekat.

“Cuma, adat berniaga pasti ada cabarannya dan saya pernah menanggung kerugian besar sewaktu menjalankan proses kajian dan penyelidikan (R&D) sebelum mengeluarkan produk ini.

“Namun, daripada situ saya belajar perbaiki kesilapan dan merancang strategi serta formula yang tepat untuk memajukan perniagaan.

“Saya segera bangkit daripada kekalahan dan tidak sampai ke tahap berputus asa kerana saya sedar saya akan gagal mengecapi impian bergelar usahawan yang berjaya jika mengalah di pertengahan jalan,” katanya yang turut merancang membuka kafe pada tahun ini.

Wanita muda itu mengakui pandemik Covid-19 memberi kesan kepadanya dan setiap perancangan diatur termasuk pembukaan kafe.

Katanya, hanya semangat kental mendorongnya untuk mengatur langkah dan berfikiran positif demi kejayaan.

“Untuk sampai ke tahap ini bukan mudah kerana perlukan kekuatan fizikal dan mental. Ini kerana tidak semua orang senang dengan apa kita kecapi, malah ibu saya pernah terkena tempias apabila dihina memandu kereta buruk satu ketika dulu.

“Memang sedih apabila ada yang sampai menghina keluarga saya, tetapi saya cuba abaikan kata-kata negatif itu, sebaliknya fikir positif saja.

“Saya bersyukur dengan apa yang ada dan berdoa supaya tidak riak dengan kesenangan diberi serta dapat gunakan sebahagian hasil pendapatan bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya yang kini mempunyai kira-kira 900 ejen dan stokis di seluruh negara.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*