Kerana rentas negeri dikecam hebat, Masya Masyitah penat jujur, tak mahu lagi bercakap benar

Sejak beberapa hari lepas, nama penyanyi baru Masya Masyitah banyak diperkatakan di media sosial susulan mendapat kebenaran merentas negeri untuk beraya bersama bapa dan adik-beradik yang lain di Kedah.

Walaupun sudah dijelaskan oleh Masya berkenaan kebenaran tersebut adalah bagi ibunya yang berjauhan dengan bapanya kerana menjalankan perkahwinan jarak jauh (PJJ), namun dia tetap dikecam hebat oleh netizen.

Hal ini berikutan kerana dia juga mendapat kebenaran merentas negeri selama 4 hari memandangkan tinggal bersama ibunya di Kuala Lumpur.

Namun, penjelasan yang dibuat penyanyi tersebut seakan mencurahkan air ke daun keladi sahaja kerana tetap ada yang mempertikaikan kebenaran tersebut.

Jelaskan pun orang tak nak percaya

Fed up dengan semua caci maki dan kata-kata kesat yang dilempatkan netizen kepadanya, Masya telah memuat naik luahan di IG story  menyatakan sudah penat untuk menjelaskan hal sebenar.

Jadi, selepas ini dia ‘malas’ lagi untuk berkata benar kerana ada sahaja yang menjadi kesalahan sedangkan dia sudah menjelaskan berkenaan kebenaran yang diberi oleh pihak berkuasa untuknya.

Gambar lama diulas semula

Selain itu, ada juga netizen yang memuat naik kembali gambar Masya beraya bersama ahli keluarga lengkap dengan berbaju biru sedondon.

Akan tetapi, penyanyi yang bakatnya digilap menerusi pertandingan nyanyian Ceria Pop Star ini tampil menafikan gambar tersebut diambil pada hari raya tahun ini kerana ia merupakan gambar keluarga pada 2019.

Tak ada niat langsung nak buat kontroversi

Dalam laporan dari Berita Harian sebelum ini, Masya sudah menjelaskan keadaan sebenar dan turut memohon maaf diatas kenyataanya berkenaan aktiviti merentas negeri.

Dia juga enggan memanjangkan kontroversi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada semua. Penyanyi itu mengakui sama sekali tidak berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak dengan perkongsian yang dibuat sebelum ini.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika perkongsian berita itu membuatkan banyak pihak terasa, apatah lagi, cerita pelbagai kluster rentas negeri mula bertebaran sejak akhir-akhir ini.
“Demi Tuhan, saya tidak berniat apa apa. Jauh sekali hendak mengundang perhatian atau kontroversi.” katanya.

Masya Masyitah mohon maaf

Kuala Lumpur: Penyanyi Masya Masyitah menjelaskan dia mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim, Kedah atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Masya berkata, selepas mendapat perlepasan rentas negeri yang dimohon ibunya secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kulim selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.

“Tiada istilah orang kayangan atau mempunyai keistimewaan tertentu sehingga saya dan ibu dapat pulang menyambut hari raya tahun ini. Sudah lebih setahun kami tidak berjumpa ayah dan adik-beradik lain.

“Ketika pergi ke balai polis untuk mendapat surat perlepasan kami dilayan sama rata dan perlu beratur panjang. Ketika tiba giliran, mak memberikan segala dokumen untuk membolehkannya balik Kulim.

“Malah mak ada bertanya kepada pegawai polis terbabit sama ada saya boleh ikut balik sekali atau tidak dan jawapan yang diberikan adalah boleh. Malah ayah juga ada beritahu yang had satu kereta adalah tiga orang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff serta ibunya berpeluang menyambut Aidilfitri bersama bapa, abang dan adiknya apabila diberi pelepasan selama empat hari pulang ke kampung halaman sejak 10 Mei lalu.

Menurut Masya, dia memohon maaf kepada warganet sekiranya perkongsian sebelum ini menguris hati mereka.

Masya bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila menerima kecaman teruk sehingga ibu bapanya turut dicaci di Instagram miliknya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa. Saya sedar kenyataan sebelum ini yang mengatakan saya dan ibu dapat balik kampung telah mengguris hati rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang berjumpa ahli keluarga.

“Saya akui menerima kecaman yang teruk di media sosial sehingga mak saya terpalit sekali. Sampaikan ada yang mengatakan mak saya tergamak tinggalkan ayah di kampung demi nak ikut anak kejar glamor.

“Saya ingin jelaskan mak memang tak izinkan saya berada di Kuala Lumpur seorang diri. Kami memang tak pernah berpisah sampaikan ayah sendiri beri izin untuk mak jaga saya di Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber: Masya Masyitah, Berita Harian (Zaidi Mohamad)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*