
Sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini sememangnya berbeza kerana diraikan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) seperti tahun lalu.
Dalam kemeriahan menyambut lebaran, orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana pihak berkuasa sentiasa akan memantau, baik secara bersemuka iaitu rumah ke rumah ataupun melalui media sosial.
Gambar keluarga Norman Hakim & Abby Abadi
Jadi, susulan daripada berita yang dikeluarkan Harian Metro mengenai sambutan hari raya keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, ada netizen yang mulai bersuara dengan mempertikaikan SOP antara mereka.
Kita 1 daerah pun tak pergi rumah family tau!
Bukan tak boleh kunjung-mengunjung?
Rasanya ni langgar SOP
‘Inspektor Aliza’ buat hal ke?
Tutup ruangan komen?
Melihat dari posting yang dibuat oleh Norman Hakim, dia telah menutup ruangan komen di gambar memperlihatkan mereka semua berkumpul dengan bergambar tanpa ada sebarang penjarakkan sosial.
Apa yang dengki sangat tu?
Abby Abadi turut bersuara di IG story apabila menjelaskan bahawa mereka memang sering berkumpul seak sebelum raya lagi. Jadi, mengapa ketika hari lebaran mereka tidak boleh berjumpa semasa sendiri seperti hari biasa?
Oleh itu, pelakon drama bersiri kepolisian itu meminta agar netizen membersihkan hati dan tidak berasa dengki kerana rezeki setiap orang berbeza-beza.
Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin sebelum ini dengan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Dania Hakim.
Namun pada 2008 mereka telah bercerai dan Norman Hakim berkahwin dengan Memey Suhaiza. Mereka dikurniakan tiga orang anak.
Manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakari pada 2015dan telah mengambil tiga orang anak angkat.
Hubungan kekeluargaan mereka juga utuh dan masing-masing kelihatan sangat akrab walaupun Norman dan Abby sudah lama berpisah.
Rozita Che Wan kongsi gambar raya,
Perkongsian gambar keluarga oleh pelakon Rozita Che Wan sempena sambutan Aidilfitri kelmarin turut mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bergambar bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.
“Anak menantu dan cucu,” tulisnya ringkas pada kapsyen gambar tersebut.
Perkongsian gambar tersebut menjadi buah mulut netizen apabila rata-rata mempersoalkan kemungkinan pelakon jelita itu melang.gar S0P yang ditetapkan kerajaan.
“Ramainya ahli keluarga. Duduk serumah ke atau datang berziarah. Tanya sahaja,” soal seorang pengikut Instagramnya.
“Alamak. Ini semua memang duduk bawah satu bumbung ke (satu rumah) pada 1 Syawal,” komen seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, Pada 10 Mei lalu, kerajaan mem.utuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan a.ktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.
Che Ta dah sedia 20 pasang baju raya, tapi PKP pula…
Pelakon popular Rozita Che Wan tetap tampil meriah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan menyediakan 20 pasang baju raya biarpun diraikan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, dia sempat mengadakan sesi fotografi raya bersama keluarga dengan kesemua persalinan itu pada 5 Mei lalu.
“Baju memang sudah disediakan sebelum kerajaan umumkan PKP 3.0. Ada beberapa pasang baju dari tahun lepas yang tidak pakai sebab PKP 1.0. Jadi, memang banyak sampai 20 pasang.
‘Tapi itulah, apabila kerajaan kata tak boleh ada aktiviti ziarah pada raya ini, kita duduk rumah saja lah. Pakai lawa lawa pun pusing dalam rumah saja.
“Mujur saya sudah siap buat sesi fotografi untuk 15 pasang. Jadi, sepanjang raya ini bolehlah saya muat naik di IG,” katanya kepada Harian Metro.
Che Ta juga suami kepada pelakon, Zain Saidin berkata suaminya banyak nasihat dan memberi peringatan untuk sentiasa duduk di rumah.
“Apabila kerajaan umum PKP dan sambutan raya hanya membabitkan keluarga dalam rumah saja, dia sudah pesan supaya jangan keluar ke mana-mana. Duduk saja di rumah. Dia jenis yang tidak suka menimbulkan masalah.
“Jadi, dari raya pertama sampai hari ini aktiviti kami sekeluarga bangun tidur, masak, makan, tidur dan seterusnya. Kalau pujuk suami nak keluar pun dia akan berleter. Jadi, sebelum dia bising baik duduk diam-diam di rumah sampailah kerajaan kata boleh beraya dan berziarah,” katanya.
Kredit : Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Be the first to comment