Gaji Suami Berbelas Ribu. Tapi Baru Setahun Kahwin, Aku Terasa Sunyi, Aku Mkn Pil Perancang Senyap2

Foto sekadar hiasan.

Hi, aku Erin, sudah setahun lebih berkahwin. Suami aku Alif, bekerja sebagai seorang engineer di semua firm engineering. Alif memang dari kecik nak jadi engineers, belajar pun pandai so jadi la engineer.

Sebelum kahwin aku dah tau Alif memang busy nak mampus dengan kerja and fully 99.9% gile kerja dan sangat komited.

Sebelum kahwin pun dah banyak isu isu merajuk sebab aku rasa terabai. Alif dari segi kewangan memang dah cukup sangat nak kahwin so dia pun tak tahan aku asyik merajuk, dia ajak aku kahwin.

Aku pun okay je la sebab dah lama bercinta. Aku pulak seorang yang bekerja tetap, bertenaga dan sangat berdikari.

Aku tak reti meminta minta sebab aku biasa buat everything sendiri. Alif sibuk, aku pulak berdikari, so masing masing buat hal sendiri.

Aku terlalu sibuk menguruskan rumah sorang sorang. Alif sangat particular bab kebersihan so memang rumah kena tiptop.

Aku hari hari balik kerja mesti akan vacuum rumah, cuci toilet sikit sikit, basuh atau lipat baju and kemas dapur atau rumah. Aku balik awal dari Alif so aku akan masak dan terus kemas dapur.

Alif biasa balik waktu Isyak paling awal and jarang makan waktu kerja sebab waktu lunch hour pun dia tak lunch, dia lagi suka kerja.

So aku lepas balik kerja terus kelam kabut masak and kemas dapur sebab Alif tak suka sepah sepah.

Lepas makan Alif selalunya terlampau penat dan terus tidur sebab esoknya dia akan bangun awal untuk sambung buat kerja kat rumah sebelum gerak pergi office selepas subuh.

Aku pula bekerja shift, kadang kadang seminggu rasa tak bertegur dengan Alif sebab jadual kerja kami.

Pada hujung minggu pula, jika aku tak bekerja, aku akan duduk rumah tengok Alif berkerja. Dia stop jap untuk mandi, makan, dan solat.

Begitulah hubungan kami suami isteri. Aku sangat sunyi dan penat. Aku juga bekerja tapi gajiku tidak setinggi Alif dan pekerjaan aku tak se-gah Alif.

Setiap kali aku suarakan isu ni, Alif akan cakap, “Kerja kita tak sama, awak kena faham”. Aku cuba fahamkan tapi aku semakin sunyi.

Aku juga mahukan anak tapi aku takut untuk ada anak dengan cara kehidupan sebegini. Aku hampir melakukan semuanya berseorangan. Mampukah aku jaga anak sorang sorang nanti?

Pada awalnya kami memang merancang nak dapat anak lambat sikit, aku ada makan pil perancang atas nasihat doktor.

Bila tamat tempoh kami merancang, aku sebenarnya masih senyap senyap makan pil perancang kat office sebab aku takut nak dapat anak.

Aku sangat sukakan baby tapi aku tak yakin boleh jaga baby sorang sorang. Aku nak anak sebab aku sangat sunyi.

Tapi sekarang pun aku dah cukup letih, mampu ke aku uruskan anak nanti?

Aku pernah tanya pendapat di Facebook page lain tapi dikecam pula sebab tak memahami suami. Aku cuba fahami suami tapi siapa nak faham perasaan aku yang sunyi, penat dan risaukan rumahtangga kami.

Masing masing mengatakan syukurlah suami rajin kerja, suami orang lain tak bagi nafkah, sibuk memancing, lepak, etc.

Alif memang menyediakan secukupnya kelengkapan rumah, walaupun most of the time dia bagi duit je pastu aku pergi beli sendiri. Hadiah birthday pun kena aku kena beli sendiri hahaha, dia bagi duit je.

Memang takde usaaha langsung la nak romantik2 suprise2 ni.

Waktu tidur pun Alif memang tidur mati punya tak sedar apa. Jangan harap la nak cuddle ke, nak peluk ke. Hubungan atas katil kami pun tak pernah rancak dari awal perkahwinan, suam2 je.

Kadang kadang sudah separuh jalan, Alif boleh tertidur kerana keletihan. Hidup aku terasa kosong.

Aku pun tak boleh nak marah Alif sebab dia bekerja pun untuk menyara kami dan aku cukup faham berapa banyak projek dia handle dalam satu satu masa. Rasa berdosa pulak kalau mintak masa dia untuk spend together.

Tapi aku rasa kosong, rasa sunyi, rasa nak single balik pun ada kadang2 sebab single boleh buat sesuka hati nak hilangkan sunyi.

Entahlah kadang kadang rasa tak mampu bertahan tapi Alif seorang lelaki yang baik, tidak merkok, tidak tinggal solat, pandai jaga adik adik, bekerja bagus, ada ke lelaki lain yang lebih baik dari dia?

Rasanya perkahwinan terlalu awal untuk fikirkan perpisahan. Aku betul betul sayangkan dia tapi aku rasa sangat sunyi dan mungkin depressed sedikit.

Aku nak selamatkan perkahwinan kami tapi Alif tak nampak pun di mana masalahnya perkahwinan kami.

Dia tau dia busy melampau tapi dia kata tu memang tanggungjawab dia. So aku yang kena faham. Setahun pun aku dah rasa nak depress berkorban itu ini, macam mana nak bertahan seumur hidup.

Waktu tak akan kembali. Kami sia siakan usia muda kami dengan masalah2 macam ni. Aku tak tau apa nak lakukan lagi.

Reaksi Warganet

Nor Arfa –
dari segi positif..ada anak boleh ilangkan rasa sunyi ..tapi dari segi negatif..awak akan rasa penat sebab semua benda awak kena hadap seorang. Cari apa yang awak suka.. penuhi dengan masa lapang yang boleh bahagiakan awak..lagipun awak tahu dia mcmana kan. kalau makin teruk.. awak bincang elok elok dengan dia.. cuma takut nanti awak berpisah dengan dia..nanti kang dpt laki baru..lagi teruk dari tu..heheh.. tepuk dada tanya selera. Perkahwinan ni bukannya seindah drama kul 7 dik..

Ruzaini Fauzi –
Dua2 mampu so why not awak upah maid. Buat jela mana yang awak mampu takkan sampai hari2 nak kena mop n vakum dik. Kalau husband awak bising pepandai la dia yang tolong kemaskan. Dua2 korang bekerja kot.kalau taknak maid tinggal sekali awak cari la weekly maid.

Untuk hubungan awak akak tak tau nak bg nasihat. Kalau perlu dalam hubungan ni yang plaing penting komunikasi.kalau rasa sumbang sana sini. Both of u need a deep talk.

Gudluck adik

Ed Asfalaila –
Tiada apa yang salah dengan luahan penulis. Suami anda tak bijak nak balancekan kerja dan hal keluarga. Over nau engineer setiap hari balik lewat. Balik hanya nak tido jek. Sampai kalau bercakap pun da jarang tu memang satu masalah. Apasal orang dok bash penulis. I suggest you discuss with your husband. If nak plan ada keluarga, your husband pun kena take part.

Shazwani Puteri –
Bila kita decided utk kawin dgn workaholic. Kita kena terima yg dia akan sentiasa busy dgn keje dia. First, puan kena belajar utk redha yg suami puan mcm tu..dia bukan buat bnde tak elok..dia cari rezeki.

Second, ramai yg srh puan ni pregnant. Prof. Dr. Harlina Siraj pernah ckp setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted) supaya kita rasa gembira sujud syukur bila kita dpt tahu kita pregnant. Anak ni lifetime commitment jd both parties kena ready. Anak tak solve problem yg puan ade skrg pn.

Third, buat la ape yg puan rasa happy. Mintak izin suami nk pegi holiday ke sambung belajar ke. Isi masa dgn bnde yg fulfill your happiness. Tenang2 je ok? Jauh lg perjlnn ni baru lg kawin.

Forth, usually laki ni bad listener 😬 jadi mengadu la dekat Allah yang Maha Mendengar..ok puan?
Tenang2 je. Semoga dipermudahkan semuanya utk puan.

Sumber – Erin Tasha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Gaji Suami Berbelas Ribu. Tapi Baru Setahun Kahwin, Aku Terasa Sunyi, Aku Mkn Pil Perancang Senyap2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*